‘Bella Awards 2013’ Rancangan Anugerah Wanita Pertama di Malaysia

NTV7 sekali lagi melakukan kelainan dengan memperkenalkan rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia – Bella Awards 2013 – bagi meraikan, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di atas pencapaian hebat dan sumbangan mereka yang penuh inspirasi kepada orang ramai.  Ilham menerbitkan rancangan itu hadir daripada rancangan temubual wanita ntv7 – Bella – yang merupakan rancangan yang memberikan inspirasi buat wanita melalui topik-topik yang berinformasi dan padat dengan pengisian berguna buat kaum hawa.

Disokong dan diperakui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anugerah Bella Awards yang julung kali diperkenalkan ini akan bersiaran pada 2 Mac 2013 bersempena sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa. Anugerah itu akan disiarkan pada waktu perdana pada jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala acara karpet merahnya pula akan disiarkan pada 8.30 malam eksklusif di ntv7. “Live streaming” menerusi portal video no. 1 Malaysia, Tonton juga boleh dilayari di www.tonton.com.my.

Airin juga mendedahkan 7 kategori yang bakal dipertandingkan iaitu – Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, Bella Heart Award, Bella Mars Award, dan anugerah utama, Bella Award. 5 pencalonan teratas daripada setiap kategori akan diumumkan pada Januari 2013 dimana calon-calon dipilih oleh para juri profesional. Manakala, pemenang hanya akan diketahui melalui acara siaran langsung anugerah itu pada 2 Mac 2013 nanti.

Dalam masa yang sama, rancangan anugerah Bella Awards juga mengalu-alukan kehadiran beberapa jenama terkenal yang hadir sebagai rakan dan penaja anugerah itu.  Antaranya Hai-O Marketing, pembuat dan pemborong produk farmaseutik serta herba tradisional telah diumumkan sebagai penaja utama anugerah itu ketika pelancarannya.Turut menjadi rakan penaja kepada anugerah itu adalah Revlon dan Visiber yang diberi mandat selaku solekan rasmi dan barangan kemas rasmi acara penganugerahan berprestij itu.

Rakan lain yang turut menyokong anugerah Bella Awards 2013 itu adalah Fly FM, New Straits Times, dan Berita Harian – yang turut dinamakan sebagai rakan “BFF” (Best Friends Forever).

Untuk maklumat lanjut mengenai Bella Awards 2013, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

 

Check Also

Inilah Cara Menjadi Hebat dengan Siri Galaxy A

Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 5G hadir dengan ciri-ciri terbaik seperti Samsung Knox Vault …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *