“Bujang Terlajak Belum Terlanjur”

Kebanyakan filem bergenre komedi memang menumpukan hampir seratus peratus fokus kepada mutu lawaknya kerana itulah penyebab utama yang akan memberikan kepuasan kepada penonton. Untuk perkara ini maka tercetuslah kombinasi paling hebat tiga pelawak tersohor untuk filem komedi terbaru dari Wayang Studios International (WSI) dan Lineclear Motion Pictures (LCMP) – Bujang Telajak Belum Terlanjur.

Saiful Apek, Johan dan Nabil bukanlah nama asing lagi dalam industri hiburan ini apabila ketiga-tiganya sudah mencipta nama sebagai pelawak popular. Menerusi gabungan mereka bertiga ini sudah tentunya mencipta satu impak besar dalam kelompok filem bergenre komedi dengan penghasilan komedi yang bakal meledakkan kuasa gelakan paling kuat di dalam panggung. Keserasian mereka bertiga ini bukan saja lahir di dalam filem bahkan sejak di luar lagi kerana baik Nabil dan Johan sudah pun menganggap Saiful Apek sebagai sifu mereka. Keakraban persahabatan mereka inilah yang membangkitkan aura komedi yang luar biasa di mana penonton pasti tidak merasa jemu walau sedikit pun sepanjang perjalanan cerita.

Yang menariknya lagi, kombinasi mereka bertiga ini seolah-olah memberi inspirasi kepada heroin filem ini, Nur Fazura yang juga dilihat mampu menangani ‘pecah kepala’ lawak-lawak mereka dengan baik seterusnya menjadikan keserasian mereka berempat tampak lebih komedi dan bersahaja. Lupakan sebentar kecantikkan Fazura kerana penonton akan lebih terhibur melihat kelucuan aksi Fazura melayan ‘kerenah’ ketiga-tiga mamat sengal yang sentiasa akan mengecohkan keadaan.

Sinopsis Bujang Telajak

Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Telajak  yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2012.

 

[nggallery id=33]


Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *