CAKRA KONSERT ‘NIDJI : PELANGI DI MIRI’

Dibawakan oleh  Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri.

Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan  2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha  mempromosi single terbaru mereka ‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Tarikh dan Masa:

Sabtu, 3 Februari 2024

Pintu dibuka pada jam 5 petang

Konsert bermula pada 8.30 malam

Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club

Tiket: RM520 (rockzone) 2x Meet&Greet tickets

           RM440 (rockzone) 2x Laskar Pelangi tickets

           RM360 (type b) 2x Hapus Aku tickets

           RM300 (type c) 2x Biarlah tickets

Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.

Sponsor dan Rakan Media:

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik dan penaja seperti Coms Creative Studio, Space Two Sdn Bhd, HN Erika, Ilassotickets.com, Pullman Hotel Miri sebagai penaja penginapan rasmi, Eastwood Valley Golf & Country Club , MiriFm sebagai radio rasmi, Zoso Music, Sarawak Tourism Board yang bersama menyokong menjayakan konsert ini dan turut dibantu rakan media seperti MIRIFM, Kelkatu TV yang telah menyokong konsert ini. Terima kasih kerana menjadikan Konsert Nidji di Miri suatu realiti yang memukau!

Hubungi Media:

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Bahagian Hubungan Media Northbound Events di [Email] atau 011 1943 1705 bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai konsert ini

Mengenai Northbound Events

NORTHBOUND EVENTS merupakan sebuah syarikat yang berkebolehan di dalam pelbagai bidang seperti kerja-kerja pembekalan, pengurusan majlis, penganjuran konsert dan pameran. Sepanjang penglibatan kami di dalam bidang-bidang ini, kepuasan dan ketenangan pelanggan adalah keutamaan bagi pihak syarikat. Berhubung kait dengan kualiti kerja, kami sentiasa mengutamakannya supaya dapat melahirkan hasil yang memberansangkan dan terbaik. Visi dan misi kami adalah untuk menjadi yang terbaik di dalam setiap kerja-kerja, projek dan apa jua yang di amanahkan kepada kami. Keharmonian bergerak sederap juga haluan penting bagi kami.

Mengenai SPACE TWO SDN BHD

SPACE TWO SDN BHD/STSB merupakan sebuah agensi pengurusan majlis dan konsert yang telah bertapak dalam industri muzik tanah air. Sejak ditubuhkan sejak tahun 2022, syarikat telah menawarkan pelbagai aktiviti pembekalan dan perkhidmatan dalan soal urus produksi termasuk muzik video, pembikinan album/EP, terbitan filem pendek, perancangan media, pengurusan artis dan persembahan konsert di sekitar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. STSB kini aktif bekerjasama dengan beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina dalam pengurusan artis dalam dan luar negara serta pembekalan bakat-bakat baru bagi siaran stesen TV dan penerbitan muzik.

Mengenai D_VA

Kumpulan D Va taleh ditubuh pada 2003 yang dianggotai oleh Am (dram), Faz  (gitar vocal), Ayob (bass vocal) dan Zarul (gitar / vocal).

Mereka telah bernaung dibawah syarikat rakaman Broadway Entertainment bawah Universal Music.

Popular dengan lagu Cinta Sebenar, Cinta Boneka, Aku Dia Dan Kamu, D Va mengecapi kejayaan apabila tercalon dalam Top 5  AIM 12 sebagai Best New Artist / Best Album Cover, Top 5 Anugerah Era Lagu Rock Terbaik(Sekarang Anugerah Meletop Era), Finalis Hits 1 RTM di tahun 2005 dan Best Rock Song (Vima Awards) tahun 2012.

Setelah lama menyepikan diri, D Va telah mengeluarkan EP yang mengandungi sebanyak 6 lagu antaranya Tanpa Dirimu, Jangan Tinggalkan Aku dan terbaharu single “Insta Famous”. Anggota D Va dibarisi oleh Nur Keisyah (vocal), Zairul Addry (gitar), Amar Hamka (dram) dan Don Guerzo (bass).

Mengenai Monosterio

Kumpulan muzik yang baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2023 bersama anggota asal OTwo yang bermula tahun 1997 kini menggelarkan diri mereka sebagai Monosterio. Dibarisi oleh Izan (vokal), Anep (drum) dan Alan (gitar), bergerak secara bebas tanpa bernaung dibawah mana-mana syarikat rakaman, manakala Asia Empire Record sebagai distributor digital. 

Monosterio menampilkan konsep alternative art rock yang mana peluncuran single pertama “Monofonik” yang menonjolkan konsep serta identiti mereka sebelum mereka menghasilkan album penuh.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *