Cara Buat Kimchi Jeon Sama Seperti Cekodok/ Pisang Goreng | Tidak semua makanan di Korea berbeza dengan makanan di Asia Tenggara terutama sekali Malaysia. Kebanyakkan asas untuk membuat makanan tertentu sama tetapi cara persembahan dan memasaknya berbeza.
Masyarakat di Korea lebih gemar memakan makanan yang direbus atau dibakar saja berbanding masyarakat Asia Tenggara yang gemar menggoreng.
Pisang Goreng, Cekodok, Cucur Udang, Lempeng amat digemari masyarakat tempatan. Di Korea pula, mereka gemar memakan Kimchi Jeon atau Kimchi Pancake. Mereka suka memakannya bersama Soju atau Makoli. Seandainya anda ingin mencubanya, anda boleh datang ke Gwangmung Market.
Ada gerai yang menjualnya tanpa melibatkan babi dan arak. Seandainya anda ada pertanyaan mengenai makanan dan resepi makanan Korea, anda boleh menghantarkan emel ke hi@selebritionline.com