Uncategorized

Sharnaaz Kawal Sikap Panas Baran Demi Kekasih

Pelakon Sharnaaz Ahmad berazam untuk mengawal sikap panas barannya disebabkan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah agak kurang gemar dengan tabiat buruk itu.

Memetik kenyataan di mStar online Sharnaaz berkata, dia sedar sikapnya yang mudah melenting menunjukkan sifat dirinya yang kurang matang dan boleh memudaratkan daripada segi kesihatan dan kawalan diri.

“Memang saya seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Pada mulanya Shila agak terkejut dengan tabiat buruk saya itu. Namun, dia terima saya seadanya.

“Apabila melihat Shila sanggup menahan tabiat buruk ini, saya berazam untuk berubah untuk diri, keluarga dan dia,” katanya.

Tambah Sharnaaz, dia berharap agar perubahan itu juga dapat menjadikannya kepada seorang yang lebih matang dan sabar dalam setiap dugaan yang dilalui.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu, sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Shila, pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka berdua.

Lebih-lebih lagi apabila gosip kemesraan mereka yang dianggap tidak manis dipandang orang membuatkan keluarga kedua-dua belah pihak turut dikritik sehinggakan ada yang meminta mereka agar segera bernikah.

“Walaupun terpaksa menempuh halangan iaitu kata-kata orang yang tidak senang dengan hubungan ini, kami masih lagi kuat untuk meneruskan percintaan ini.

“Berita-berita negatif yang dipaparkan di akhbar mengenai perhubungan ini juga sudah membuatkan kami lali dan tidak kisah dengan apa yang orang ingin katakan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, bulan Ramadan yang dilalui pada tahun ini begitu padat apabila dia terpaksa memenuhi banyak tawaran berlakon.

Malah, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, Sharnaaz akan memulakan penggambaran filem Darah Panas, terbitan White Merpati Sdn Bhd.

“Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada Tuhan. Saya percaya keikhlasan pasti akan dibalas dengan keberkatan.

“Walaupun diduga dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana masih lagi berdiri kukuh untuk terus maju dalam karier,” ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Bila Kerbau Berkubang, terbitan Astro.

Zed Zaidi Kini Bergelar Ayah, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Berita gembira yang MD baru saja sebentar tadi, pelakon Zed Zaidi, 31, kini telah pun bergelar bapa selepas isterinya, Natalia Natasya atau Nelly, selamat melahirkan bayi sulung mereka secara pembedahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi, di Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Kuala Lumpur.

Berikut sepotong mesej yang dikirimkan sendiri Zed kepada MD,

anak zedzaidi, ryan Ziqry sudah dilahirkan jam 9.30 pagi tadi seberat 4.32kg is baby boy! Yey!- zedzaidi

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya bersyukur dan gembira. Saya turut sama masuk ke bilik bedah dan memengang tangan isteri memberi semangat padanya. Tetapi doktor memberitahu bayi terlalu besar, oleh sebab tu pembedahan terpaksa dijalankan.

“Bayi kami sihat. Isteri juga dalam keadaan sihat. Saya baru saja mengazankan bayi kami tadi”, katanya dengan nada teruja dan ceria saat dihubungi MD sebentar tadi.

Ditanya mengenai pilihan nama cahaya matanya itu, Zed secara ringkas menjawab,

“Nama tu sebenarnya memang pilihan saya dan isteri. Ziqry tu ertinya zikir dan Ryan tu sebab nak nampak sedap bunyinya bila disebut dengan nama saya sekali, Ryan Ziqry Rozaidi. Abang saya boleh melawak tadi, katanya kenapa tak letak nama Ryan Giggs,”

Tambah Zed lagi, isterinya akan menjalani proses berpantang di rumah ibu mertuanya yang terletak di Taman Tun.

Tahniah MD ucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri. Tentu bayi pasangan ini comel macam ibunya dan kacak bergaya seperti ayahnya 🙂

*credit mD

Asraruddin Perjelas Hubungan Dengan Rozita Che Wan

Pelakon jelita Rozita Che’Wan, 38, memang tidak pernah habis dengan ‘kisah cintanya’. Bukan saja dikaitkan dengan jejaka dikalangan pelakon tanah air, Che Ta sinonim dengan kononnya menjalin hubungan cinta dengan individu berstatus VIP. Tak cukup dengan itu, dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu didakwa punya hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar.

Memetik kenyataan di murai.com, walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.

Pun begitu, pemuda berusia 24 tahun yang lebih dikenali sebagai Asra ni, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.

“Ini semua cerita lama, lebih kurang 3 tahun lepas.Tapi, memang saya ada berkawan dan mengenali Rozita Che Wan dan sehingga sekarang pun masih kekal sebagai kawan.

“Sejujurnya hubungan saya dan dia sekadar kawan biasa tetapi ada juga keluar bersama dengannya dahulu. Namun sekarang kerana kedua-dua kami agak sibuk, jadi tidaklah kami berkesempatan untuk berjumpa selalu.

“Lebih kurang 2 tahun lebih kami tidak berjumpa tetapi sekali-sekala ada juga bertanya khabar agar hubungan persahabatan tidak terputus,”ujar Asra menjelaskan situasi yang sebenar.

Asra juga menyofatkan aktres seksi itu merupakan seorang individu yang baik.

“Sepanjang kami berkawan, bagi saya Rozita merupakan seorang kawan yang baik. Dia seorang bagus untuk dijadikan teman dan seorang yang mesra,”tambahnya lagi.

Menurut Asra, sepanjang ramadan dia dan rakan sepasukan akan tetap sibuk berlatih bagi menghadapi beberapan perlawanan besar seperti menentang Manchester City dan Arsenal tidak lama lagi.

*credit murai & mD

Adi Putra, Sari Yanti Sertai Misi Rempit United Agih Bubur Lambuk

Selebriti terkenal, Adi Putra dan Sari Yanti bersama-sama Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU), memeriahkan suasana Ramadhan menerusi majlis pengagihan bubur lambuk percuma untuk juadah berbuka puasa, bertempat di Kampung Baru Kuala Lumpur, semalam.

Adi dan Sari yang juga merupakan duta RU serta kira-kira 30 anggota pertubuhan lain bertungkus lumus menyediakan sebanyak 1000 bungkus juadah popular Ramadhan ni dengan kerjasama pembuat bubur lambuk terkenal, Pak Hassan

Sumbangan ini merupakan usaha transformasi imej ‘rempit’ di bawah program Evolusi R. Di samping ianya satu inisiatif ibadah dikalangan ahli RU.

Menarik, pengagihan ini bukan saja diadakan di’hot spot’ iaitu di Kampung Baru saja. Malahan acara mulia ini turut diadakan serentak di negeri seperti Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu. Sekaligus mensasarkan mahu mengagihkan sebanyak 50,000 bungkus bubur lambuk percuma di seluruh negara.

“Saya teruja dan gembira dapat sama-sama menjayakan misi RU ni. Sambutannya cukup meriah. Saya terkejut juga kerana ingatkan bila kita beritahu waktu pengagihan akan bermula 4 petang tetpi ramai yang sudah beratur seawal jam 1 petang lagi, kata Adi Putra.

Aktres cantik, Sari Yanti turut sama meluahkan rasa teruja dapat mengikuti program yang dianjurkan RU ini.

“Saya baru balik dari kampung dan terus ke sini. Saya sangat gembira kerana selain beramal ini juga salah satu cara kita untuk mendekatkan lagi kami para artis dengan peminat”, tutur Sari Yanti yang tampil anggun berbaju kurung dan tambah manis bertudung.

Sementara itu menurut Presiden Presiden RU, Wazi Abdul Hamid, sekalipun aktiviti ini mungkin nampak kecil di kaca mata sesetenagh orang, tetapi bagi kumpulan yang sering terpinggir seperti Mat Rempit, ini adalah iniasitif yang cukup signifikan dan besar.

“Hari ini kami bersama-sama berganding bahu dalam satu majlis umum kerana kami ingin memberitahu orang ramai bahwa ‘Mat Rempit’ selalu disalah-ertikan dan sering dikaitkan dengan gejala-gejala negatif khususnya jenayah. Justeru RU akan terus gigih berusaha untuk mengubah persepsi negatif ini,” Wazi Abdul Hamid kepada MD.

Bekas jaguh motosikal yang ditemui di majlis tersebut ini turut mengumumkan bahwa RU akan menganjurkan beberapa lagi program lain antaranya berbuka puasa bersama anak yatim, pada bulan Ramadhan ini.

Sejak dilancarkan pada 28 Mei lalu, RU kini telah mempunyai lebih 20,000 ahli seluruh negara. Rempit United sebuah gabungan persatuan, geng-geng motosikal yang ada di Malaysia. Ianya sebagai satu gabungan persepsi sini masyarakat terhadap golongan anak muda bermotor, yang selama ini dianggap sebagai rakyat kelas bawahan.

Selain sarat dengan pengisian berbagai aktiviti invatif, RU juga menyediakan ruang dan peluang buat anak muda bermotor termasuk dari segi peluang kerjaya, menuntut pembinaa trek dan fasilitis untuk mereka berekreasi dan pelabagai aktiviti yang sihat.

*credit mD

Tai Jawab Isu ‘Besar Kepala’, ‘Demand’ & ‘Bermasam Muka’

Baru-baru ini di dalam akhbar Utusan melaporkan tercetusnya pertelingkahan di antara pengarah terkenal Ahmad Idham dan pelakon yang cukup popular dengan tagline ‘apa celop’, Taiyuddin Bakar @ Tai, 29. Perkara tersebut belaku apabila Tai dikatakan tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan oleh Idham dalam menjayakan sebuah filem arahannya berjudul, Gangster Celop.

Berpeluang bertemu Tai baru-baru ini, MD mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu berkenaan konflik yang berlaku serta komen balas mengenai dia kini betul-betul sudah ‘besar kepala’ dan dilabelkan ‘demand’.

“Saya tidak terpanggil langsung untuk bagi apa-apa komen sebenarnya. Tapi apabila difikirkan semula, artikel yang bertajuk ‘Idham, Tai Bermasam Muka?’ tertera di akhbar tersebut, yang mana situasi berita itu belum betul-betul dipastikan samada benar atau tidak, kami berdua bergaduh.

“Tapi apa yang saya baca, atikel tersebut secara terus menghentam saya mengatakan Tai ‘besar kepala’ dan ‘banyak bunyi’. Dan saya merasakan ia sebagai satu usaha yang jelas daripada pihak sebelah sana,

“Sebenarnnya harga yang saya minta itu adalah harga pasaran. Harga yang sepatutnya dibayar kepada kebanyakan pelakon di Malaysia. Tapi mungkin pihak di sebelah sana tidak dapat memenuhi permintaan saya. Dan saya tidak diberitahu pula apa sebabnya,’ kata Tai membuka bicara menjelaskan hal berkenaan.

Pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ni juga berkata, dia merasa ralat dilabelkan sebagai seorang yang demand kerana merasakan harga yang diminta itu cukup munasabah. Malah konflik antara dia dan pengarah drama Apa celop itu tercetus bukanlah semata kerana harga yang diperdebatkan. Tetapi berpunca kerana budi bahasa dan cara pihak Idham meminta khidmatnya disifatkan sebagai sesuatu yang melampau tahap kesabaran.

“Saya agak ralat bila dikatanya saya demand. Saya setuju kalau harga yang saya minta itu tidak masuk akal. Sebetulnya saya tidak kisah permintaan saya itu tidak dipenuhi. Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini, amaun bukanlah punca kepada apa yang berlaku ini. Tapi kerana budi bahasa, bagaimana cara kita berjual beli dan bagaimana cara kita meminta dan memerlukan khidmat seseorang itu, yang mana saya rasakan maruah diri dan air muka saya sebagai seorang manusia dipandang rendah,” tegasnya.

Ditanya adakah dia pernah ‘makan hati’ sepanjang berkerjasama dengan pengarah juga pemilik produksi Excellent Pictures itu, Tai menjawab,

“Saya akui kadang-kadang ada sesuatu perkara yang buat kita tak berapa senang. Ada juga perkara yang menyebabkan kehendak kita sukar dipenuhi tetapi kalau kita dilayan dengan cara sepatutnya, tak mengapa. Tapi kalau sudah mencapai tahap dan ia tidak boleh dibiarkan lagi. Dalam bahasa kasarnya, saya menolak untuk bertuhankan manusia dalam mencari rezeki”,

Mengulas dakwaan bahwa tindakannya seolah-olah dengan begitu senang melupakan jasa pengarah yang membuatkan namanya dikenali menerusi filem Hantu Bonceng dan drama Apa Celop, Tai berkata dia pernah mempersoalkan pada dirinya sendiri tentang apa yang terjadi. Malah sekiranya dia tidak mengenali siapa Taiyuddin Bakar tentu sekali dia setuju dengan label lupa diri.

Bagaimanapun pelakon lulusan Diploma Teater (Lakonan) Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) ni memberitahu dalam hal ini, tahap kesabarannya sudah mencapai limit. Apapun dia cukup berterima kasih kepada Ahmad Idham yang telah menempatkannya diri dalam industri lakonan tanah air hingga membuat ramai sudah mengenali siapa Taiyuddin Bakar, hari ini.

“Idham, sebagai kawan adalah seorang yang cukup saya senangi. Dari sudut profesional kerja, dia seorang yang sangat saya hormati. Tapi sebagai manusia setiap daripada kita ada tahap dan limitnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang berlaku di antara saya dan dia, sudah mencapai tahap limit”,

“Saya pernah berbincang berdua dengan Idham mengenai hal ini. Namun hasil perbincangan itu tidak mencapai satu keputusan yang baik” tambahnya.

Tai juga tidak dapat menolak bahwa konflik yang berlaku ini adalah kerana kesalahan dirinya sendiri yang selama ini terlalu memberi dan kerap mengalah dalam banyak perkara sejak awal lagi.

“Saya rasa mungkin konflik ini tidak akan wujud kalau saya sendiri tidak meletakkan diri saya terlalu rapat dengan Idham. Mungkin juga ini salah saya, Sebenarnya saya mengenali Ahmad Idham selepas tujuh tahun saya dalam dalam dunia lakonan. Mungkin juga salah Idham yang tidak mengenali saya,”

“Daripada awal lagi iaitu dari Hantu Bonceng lagi, saya sudah berterus terang mengenai apa yang saya faham dan tahu tentang industri. Mengenai harga yang sesuai untuk seorang pelakon di Malaysia ini. Tapi pada waktu itu, mungkin saya melihat pada platform. Tapi saya tegaskan lagi sekali, daripada awal saya sudah memberitahu tentang pendirian saya,”

“Saya meletakkan sesuatu harga itu mengikut harga pasaran bukan memandang dari sudut bayaran setimpal dengan watak. Tapi harga yang saya letakkan itu ditolak tanpa sebab kenapa tidak boleh dibayar. Selama ini saya tak pernah berkira tentang bayaran. Malah saya pernah berlakon percuma baik dalam drama, teater juga filem.

“Keutamaan saya adalah mencari rezeki halak untuk adik-adik serta kedua ibu bapa saya. Tapi apabila saya disogokkan dengan populariti, tidak bermakna ia boleh membeli jiwa saya. Kesimpulannya, konflik ini tercetus kerana prinsip sifat kemanusian, tuturnya mengakhiri perbualan.

*sumber mD

Foto-Foto Di Sidang Media Justin Bieber

Sejak dari sesi pendaftaran kira-kira jam 11.30 pagi, keadaan sudah menjadi kelam kabut dengan para peminat yang berasak-asak. Sehinggakan pintu utama hotel terpaksa disekat. Dan selepas hampir 3 jam membiarkan para media dan kira-kira 30 peminat bertuah menunggu (ya!, dia lewat tanpa memaklumkan kami, apa sebabnya) akhirnya figura sensasi pujaan dunia, Justin Bieber, 18, muncul jua!

Seperti biasa fans teruja- menjerit bak histeria sebaik Justin keluar ke pentas. Dihostkan oleh VJ Holly, sidang Akbar Asia Tenggara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia ni dimulakan dengan persembahan akustik penyanyi Pop kelahiran Kanada ini.

Bieber yang baju t-putih dan berseluar slack hitam diiringi seorang pemain gitar membuka persembahan dengan lagu Die in Your Arms, One Less Lonely Girl, Baby, Be Alright, As Long As You Love dan Boyfriend. Gamat lagi meriah suasana apabila Beliebers (gelaran untuk fans) juga para media ikut nyanyi bersama.

Menarik, saat mendedangkan lagu Boyfriend, Bieber spontan memanggil seorang peminat bertuah ke pentas, lantas dipeluknya gadis itu. Sekaligus membuatkan peminat lain ‘makan hati’ (dan pastinya peminat yang tak dapat masuk sidang media ni juga turut ‘makan hati’)

Usai persembahan sekitar jam 2.45 petang, diteruskan dengan sidang media.
“Hi Malaysia! Saya gembira dapat kembali semula ke sini. Setiap kali saya datang ke sini, semuanya menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!”, kata Justin Bieber menyatakan persaannnya menjejakkan kaki kali kedua di sini sewaktu di sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Selain itu ada peminat yang bertanya, “apa yang paling menarik bila menjadi seorang yang popular?”

Kata Bieber, “Suka membuat persembahan dan suka menari, jadi rasa best jadi popular sebab saya dapat memberi inspirasi pada ramai orang”

Sebelum meninggalkan dewan Justin sempat menitipkan kata-kata buat fans,

“Saya sangat sayang awak semua! Dan saya janji akan kembali semula ke sini lagi nanti!

*credit to mD

[nggallery id=83]

 

‘TRAIN Live In KL’ Pada 16 June 2012

Train yang popular dengan lagu “Drops Of Jupiter (Tell Me)” dan “Meet Virginia” bakal mengadakan konsert di KL Live pada 16 June 2012 ini. Ia akan konsert pertama mereka di Malaysia. Konsert ini dibawa khas oleh JS Concert Productions dan Fatboys.

Tiket-tiket yang berharga RM 288 (Rock Zone), RM 198 (Upper Tier) dan RM 138 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, The Guitar Store outlets – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan di KL Live atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 21 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 31 Mei 2012.

 

‘TRAIN Live In KL’ Pada 16 June 2012

Train yang popular dengan lagu “Drops Of Jupiter (Tell Me)” dan “Meet Virginia” bakal mengadakan konsert di KL Live pada 16 June 2012 ini. Ia akan konsert pertama mereka di Malaysia. Konsert ini dibawa khas oleh JS Concert Productions dan Fatboys.

Tiket-tiket yang berharga RM 288 (Rock Zone), RM 198 (Upper Tier) dan RM 138 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, The Guitar Store outlets – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan di KL Live atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 21 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 31 Mei 2012.

 

Jom Ke Fashion Fiesta di Amphitheatre, Matic Pada 5 Mei 2012

Jom ke Fashion Fiesta yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2012 di Amphitheatre,Matic Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ia dianjurkan oleh Kerusi Hijau dan disponsor oleh Maxx Rewards.

Terdapat pelbagai barangan dijual di booth-booth disini. Disamping itu juga, terdapat juga Pertandingan Model, Pereka dan Juru Mekap, Pertandingan Karaoke dam Bridal House. So tunggu apa lagi, anda semua dijemput ke Fashion Fiesta ini….

Jom Ke Fashion Fiesta di Amphitheatre, Matic Pada 5 Mei 2012

Jom ke Fashion Fiesta yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2012 di Amphitheatre,Matic Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ia dianjurkan oleh Kerusi Hijau dan disponsor oleh Maxx Rewards.

Terdapat pelbagai barangan dijual di booth-booth disini. Disamping itu juga, terdapat juga Pertandingan Model, Pereka dan Juru Mekap, Pertandingan Karaoke dam Bridal House. So tunggu apa lagi, anda semua dijemput ke Fashion Fiesta ini….

‘DJ Station 5’ Keluaran Warner Music Telah Berada Di Pasaran…

Akhirnya DJ Station 5 telah pun berada dipasaran bagi peminat-peminat R&B,Funk,PoP dan tentunya Disco. Terdapat 16 lagu iaitu 8 lagu di CD1 dan 8 lagu lagi di CD2. Ia berharga RM44.90.

Antara lagu-lagu yang berada didalam album ini adalah Adele’s Set Fire To The Rain, Jason Derulo’s Don’t Wanna Go Home, Kylie Minogue’s Get Outta My Way, Katy Perry’s E.T., Britney Spears’ I Wanna Go,Pitbull’s Bon Bon dan banyak lagi.

 

‘DJ Station 5’ Keluaran Warner Music Telah Berada Di Pasaran…

Akhirnya DJ Station 5 telah pun berada dipasaran bagi peminat-peminat R&B,Funk,PoP dan tentunya Disco. Terdapat 16 lagu iaitu 8 lagu di CD1 dan 8 lagu lagi di CD2. Ia berharga RM44.90.

Antara lagu-lagu yang berada didalam album ini adalah Adele’s Set Fire To The Rain, Jason Derulo’s Don’t Wanna Go Home, Kylie Minogue’s Get Outta My Way, Katy Perry’s E.T., Britney Spears’ I Wanna Go,Pitbull’s Bon Bon dan banyak lagi.