Uncategorized

Menangi 10 Pas Berkembar & Barangan Eksklusif ‘Jidin Sengal’

Setelah filem Suatu Malam Kubur Berasap berjaya di pawagam pada tahun lepas, Outloud Studios tampil dengan filem terbaru iaitu ‘ Jidin Sengal’. Kali ini ia diarah oleh Nur Esmi Zahara Yusof. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Angah dan Along Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai dan juga Zack Diamond.

Sinopsis

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Jawab soalan-soalan di bawah:

10x Tiket Berkembar & T-Shirt ‘Jidin Sengal’

10x Poster Jidin Sengal

Soalan 1 :  Berikan 2 nama pelakon utama filem Jidin Sengal?

Soalan 2 : Namakan pengarah yang filem ini?

Soalan 3 : Siapakah yang memegang watak Bob Dobot ?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

*Penyertaan tanpa details yang penuh tidak akan diterima.

* Sila letak tajuk email Contest “Jidin Sengal”.

Tarikh tutup penyertaan: 5 April 2012

Foto-Foto Di Majlis Hari Jadi Fasha Sandha Semalam

‘Happy Birthday Fasha’ yang menyambut birthdaynya ke 28 semalam. Malam tadi kekasih Fasha iaitu Jejai mengadakan parti sempena hari jadinya yang ke-28 itu di sebuah pusat karaoke.

Selain teman-teman rapat, majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Fahrin Ahmad dan Zul Huzaimy.

*credit to myartis & mD

BILIK 7 ~ Pendedahan rahsia & pengakuan selebriti penuh dramatik dan kejutan!!

Rancangan sensasi Bilik 7 berformat ala temubual soal siasat pastinya bakal mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia apa yang terbuku daripada diari tetamu selebriti. Rancangan yang dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia ini bakal menemui penonton bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di ntv7.

Menariknya lagi, set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis dengan sebuah meja yang mengasingkan suspek dan pihak penyiasat. Pastinya sesiapa sahaja yang melangkah masuk bakal terkesima seketika dan mula terasa sedikit terancam. Memainkan tugas sebagai penyiasat di dalam Bilik 7 adalah tidak lain dan tidak bukan, Richie Rachman yang serba boleh dan memiliki senarai pencapaian yang membanggakan selaku editor senior, penyampai radio, perunding imej malah seorang novelis.

Bilik 7 yang bakal bersiaran selama 13 episod ini membawa penonton berhadapan dengan artis tanahair yang penuh kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazarudin, Raja Azmi Raja Sulaiman, Pian Cecupak, Johan Asari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah. Para selebriti bakal disoal siasat bertalu-talu dan adakalanya membuat mereka panas dan “tersentap” tatkala diajukan soalan-soalan sensasi yang bakal menggemparkan penonton. Walaupun Bilik 7 adalah sebuah rancangan yang lantang dan bakal menimbulkan kontroversi, namun ianya juga membuka ruang kepada pihak selebriti untuk menyelesaikan kekusutan dan berkongsi perkara sebenar mengenai kisah kontroversi yang menyelubungi diri mereka.

‘Mahabbah’ Di Slot Samarinda ~ Kisah Perih Pasangan Iskandar & Sabila

Menyusuli drama siri Pelangi Kasih, sebuah lagi drama baru mengisi slot Samarinda iaitu “Mahabbah”, memaparkan kisah pasangan kekasih, Iskandar dan Sabila yang menyintai antara satu sama lain semenjak mereka di universiti lagi. Selepas menamatkan pengajian, Iskandar berhasrat untuk menikahi Sabila namun hasrat itu mendapat tentangan hebat daripada bapanya iaitu Tan Sri Sabri.

Drama bersiri 25 episod terbitan Asia Media Content telah membuka tirainya pada 27 Mac 2012 dan bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam. Drama yang diarahkan oleh Jamal Khan (sebelum ini pernah mengarah drama untuk slot Samarinda, “Sahara” dan drama slot Seram, “You Saka Pergi Jauh-Jauh”) dan nukilan skrip oleh Zarihah Hassan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Azlee Khairi, Nur Fathia Latiff, Dato’ Jalaludin Hassan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud, Aiman Hakim Ridza, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

Sinopsis

Mahabbah membuktikan setiap insan mempunyai persepsi tersendiri mengenai cinta. Tan Sri Sabri (Dato’ Jalaludin Hassan) menganggap sebuah perkahwinan itu tidak seharusnya berlandaskan cinta semata-mata, malah harus berlandaskan legasi perniagaan. Tan Sri Sabri menganggap Sabila (Nur Fathia Latiff) tidak layak untuk menjadi menantunya, malah merasakan Sabila adalah pesaingnya yang akan mempengaruhi hidup Iskandar. Dia merasakan hubungan itu perlu dihalang dan memaksa Iskandar (Azlee Khairi) untuk membuat pilihan, samada keluarga atau Sabila.

Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan.  Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.

Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.

Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya.

Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

Lady Gaga Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapore

Oleh kerana tiket untuk 2 hari pada konsert ‘Born This Way Ball’ yang bakal diadakan di Singapore Indoor Stadium pada 28 dan 29 Mei ini telah habis dijual maka Lady Gaga menambah sehari lagi iaitu pada 31 Mei 2012.

Tiket untuk 2 hari pertama itu telah habis dijual hanya dalam masa sejam pada bulan February lepas. Untuk hari ketiga ini, tiket-tiket yang berharga S$108 (RM259) to S$288 (RM691) akan mula dijual pada 2 April mulai jam 10 pagi menerusi Sistic (go to www.sistic.com.sg atau telefon 6348-5555.

Harap-harap nanti Lady Gaga bakal turun ke Malaysia untuk membuat persembahan…

Awal & Scha Nikah Pada 4 Mei Serta Majlis Resepsi Pada 6 Mei

Alhamdulillah terlerai sudah semuanya apabila Awal Ashaari (30 tahun) dan Scha Al-Yahya (28 tahun) mengumumkan tarikh pernikahan mereka semalam di Flora Cafe, Jalan Ampang . Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya dan majlis resepsinya pula adalah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012.

Majlis merisik dan bertunang telah diadakan pada 30 Mei 2011 di kediaman ibu saudara Scha.

Astro Ria bakal menjadi penyiar rasmi bagi majlis perkahwinan ini dengan liputan 8 program dari 13 April sehingga 18 Mei 2012. Ia merangkumi kepada 4 episod pra-perkahwinan,1 episod secara langsung ketika pernikahan dan 1 episod rakaman majlis resepi.

[nggallery id=62]

Pengakuan Daddy Pasrah Tiduri Seorang Pelakon Baru Lelaki

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Daddy Pasrah telah mendedahkan di sebuah blog hiburan, dia sebenarnya ‘membela’ seorang pelakon lelaki. Lebih menguatkan kenyataan Daddy Pasrah, pelakon baru tersebut menjalani kehidupan yang mewah. Dia mampu memandu kereta mewah BMW 325 Sport 2 pintu ke hulu hilir. Malah, kediaman yang diduduki oleh pelakon berusia 21 tahun itu pun bertaraf kondominium mewah. Lantaran pelakon itu kini menjadi bualan hangat di kalangan orang-orang di sebalik tabir.

Apa yang menjadi persoalan daripada manakah datangnya duit pelakon itu? Kalau status pelakon baru, berapalah sangat pendapatannya, kan? Walaupun difahamkan dia berada di bawah naungan sebuah syarikat pengeluar filem Melayu yang kukuh, namun popularitinya tidak kemana sangat. Nak kata daripada keluarga, memang sah-sah keluarga dia orang kebanyakan.

Tak cukup dengan pengakuan di blog hiburan OhBulan, Daddy Pasrah sertakan sekali beberapa gambar sebagai bukti dia dan pelakon itu saling mengenali.

“Saya sertakan gambar-gambar bukti, antaranya MMS untuk dia pancing saya supaya ‘geram’ dan panggil dia untuk sama-sama ‘berseronok’. Saya tau dia memang jenis ‘kaki pancing’, malah sudah berapa ramai uncle-uncle seperti kami yang pernah dia tiduri semata-mata nak hidup mewah, kata Daddy Pasrah kepada blog tersebut

Tambahnya lagi, dia terpaksa kongsikan cerita ini agar pelakon itu insaf dan mengasihanilah ibunya yang berniaga kedai makan siang malam mencari rezeki halal. Rupanya dalam diam pelakon itu pula, hidup berlagak disaluti kondo dan kereta mewah.

“Baru-baru ini, saya perasan yang dia ada berlakon dalam sebuah drama bersiri berkisarkan ‘rakan baik selamanya’ di sebuah televisyen swasta. Nampaknya, dia makin angkuh sebab ramai orang panggil dia untuk bekerja”

“Saya masih sayangkan dia. Tapi, biarlah cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat orang lain di luar sana”. – Daddy Pasrah

Liyana Jasmay Sah Menjadi Tunangan Fathuddin,Bakal Nikah Pada 24 Januari 2013

Selamat Bertunang diucapkan kepada pelakon popular Liyana Jasmay (24 tahun) dengan Fathuddin Mazlan (28 tahun) yang selamat mengikat tali pertunangan mereka semalam di Kemensah Height,KL.

Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000. Antara artis yang hadir ialah Yusry dengan Lisa Surihani, Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari dan Vanidah Imran dengan Rashidi Ishak.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.

[nggallery id=61]