Uncategorized

“The Vow” ~ Mampukah Leo Mendapatkan Cinta Paige Kembali?

Pengarah : Michael Sucsy
Pelakon : Rachel McAdams, Channing TatumScott Speedman, Jessica Lange, Sam Neill, Wendy Crewson, Jessica McNamee

Tarikh Tayangan : 22  Mac 2012


Sinopsis

Merayakan lima tahun pernikahan mereka, pasangan muda ini menghadapi satu masalah besar pabila Paige (Rachel McAdams) cedera teruk didalam satu kemalangan kereta yang mengakibatkan Paige koma. Ketika sedar, Paige bukan hanya tidak mengenali suaminya, Leo (Channing Tatum), namun ingatannya terus tertumpu kepada bekas tunangnya iaitu Jeremy (Scott Speedman). 

Meskipun Paige tidak mencintai Leo lagi, pelbagai usaha dilakukan untuk membuat isterinya jatuh cinta kepadanya kembali. Apakah usaha Leo akan berhasil?
[nggallery id=58]

 

7 Petala Cinta

7 Petala Cinta adalah merupakan filem keempat terbitan MIG yang bergenre Islamik selepas Syukur 21,Syurga Cinta dan Aku Masih Dara. Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini diarahkan oleh Azahari Zain. Penggambaran filem ini dijalankan di kawasan pedalaman Ulu Yam,Selangor.
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Fizo Omar,Aeril Zafrel,Diana Amir, Shima Anuar Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek.
Filem ini mula berada di pawagam-pawagam yang berdekatan pada 15 Mac 2012.
Sinopsis

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.
[nggallery id=56]

7 Petala Cinta

7 Petala Cinta adalah merupakan filem keempat terbitan MIG yang bergenre Islamik selepas Syukur 21,Syurga Cinta dan Aku Masih Dara. Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini diarahkan oleh Azahari Zain. Penggambaran filem ini dijalankan di kawasan pedalaman Ulu Yam,Selangor.
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Fizo Omar,Aeril Zafrel,Diana Amir, Shima Anuar Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek.
Filem ini mula berada di pawagam-pawagam yang berdekatan pada 15 Mac 2012.
Sinopsis

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.
[nggallery id=56]

Awal & Scha Bakal Kahwin Tahun Ini

 

Aha! Satu lagi pasangan kekasih selebriti yang disebut-sebut bakal melangsungkan perkahwinan. Malah ramai yang menjangkakan perkahwinan mereka sebagai Wedding Of The Year. Perkembangan terbaru, ada tanda-tanda khabarnya pasangan ini bakal ‘membina masjid’ dalam masa terdekat.

Terdahulu, sekitar Februari lalu pelakon-pengacara Awal Ashaari dan buah hatinya Scha Al-Yahya mengeluarkan kenyataan, majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan berikutan sukar mendapatkan lokasi, katering dan juga mengakui memberi laluan kepada majlis pasangan sensasi Yusri dan Lisa Surihani.

Memetik kenyataan di Gua.com, menurut Awal, dia dan Scha kini sedang sibuk membuat persiapan, Dan sebetulnya sudah mempunyai tarikh nikah dan resepsi. Namun, tarikh itu terpaksa dirahsiakan ketika ini kerana menghormati  keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tarikhnya dah ada. Tapi saya tak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,” ujar Awal.

“Persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya”,

Katanya lagi, sebolehnya majlis itu biarlah sederhana dan mereka tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Malah dia juga tidak mahu hari bersejarah mereka itu nanti dilabelkan sebagai Wedding of The Year.

Awal dan Scha membuat pendedahan kepada umum bahawa mereka pasangan kekasih pada Ogos 2010 iaitu selepas 10 bulan digosipkan bercinta.

*credit to Gua & mD

‘Wanita Inspirasiku’ ~ Tampil Lebih Anggun & Menawan Untuk Tahun 2012

Muncul dengan wajah baru yang lebih relevan dan segar pada tahun 2012, Wanita Inspirasiku meneruskan formula dan resipi kejayaan dengan menyuntik elemen-elemen baru kepada program-program yang diminati ramai seperti Wanita Hari Ini, Nona, 5 Rencah 5 Rasa, Mahligai Cinta serta drama bersiri berkisar pengorbanan cinta dan kekeluargaan menerusi slot Akasia, Azalea, Telenovela, Senda Pagi dan Sinetron.

Bertempat di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe, Sunway Giza, majlis pelancaran wajah baru Wanita Inspirasiku yang disiarkan secara langsung menerusi program bual bicara popular, Wanita Hari Ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia membuka peragaan fesyen Jovian Mandagie. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Fara Fauzana, Neelofa, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara Nasuha, Nabil, Leez, Azzarima, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Antara paparan program-program menarik ialah drama bersiri yang penuh emosi lakonan mantap Almy Nadia dan Fizo Omar (Cinta Buat Emelda), Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad (Seindah Sakura), Tiz Zaqyah dan Aqasha (Dejavu Di Kinabalu), Eira Syazira dan Normah Damanhuri (Bonda) di slot Akasia dan Azalea; siri drama popular luar negara di slot Telenovela dan Sinetron seperti Endless Love (Filipina) dan Dia Jantung Hatiku (Indonesia); drama komedi seperti Naik Lif Turun Tangga dan Mak Lang Datang Kompang Bergendang di slot Senda Pagi serta kisah cinta romantis dari Thailand iaitu Rebound To Love pada waktu pagi.

Berikut ialah paparan program-program menarik yang disajikan oleh Wanita Inspirasiku pada bulan Mac dan April:

AKASIA: Cinta Buat Emelda, Mulai 26 Mac 2012, Isnin – Khamis, 7.00malam (24 episod)

Adaptasi daripada sebuah novel yang laris ‘Kasih Antara Kita’ mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emilia mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emilia seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emilia terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emilia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emilia.

Pelakon: Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha.

AZALEA: Bonda, Mulai 5 April 2012, Isnin – Khamis, 4.00petang (20episod)

Kasih ibu tanpa sempadan. Rohani ialah seorang janda dan telah memberikan kasih sayang penuh kepada anak-anaknya, Sasha dan Kashah. Demi kebahagiaan anak-anaknya, Rohani akan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka. Namun, kasih sayang dan pengorbanan Rohani dibalas dengan penderhakaan apabila Sasha berasa malu dengan latar belakang keluarganya.

Pelakon: Eira Syazira, Normah Damanhuri, Rahim Jailani.

TELENOVELA: Endless Love, Mulai 9 April 2012, Isnin – Khamis, 3.00petang (38 episod)

Drama bersiri Korea yang popular, Autumn In My Heart dalam versi Filipina lakonan Marina Riviera dan Ding Gong Dantes. Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Selepas Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negaradan pulang ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny juga dicintai oleh Andrew. Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta.

Pelakon: Marian Riviera, Ding Dong Dantes.

Rebound To Love, Mulai 20 March 2012, Isnin – Khamis, 9.30pagi (43 episod)

10 tahun yang lepas, Kamboom ialah seorang budak perempuan yang pintar manakala Nai seorang budak nakal yang selalu menimbulkan masalah dalam kelas. Kini, Nai telah menjadi pekerja bawahan Kamboom. Bagaimanakah dua orang yang berlainan personaliti boleh bekerjasama dan akhirnya bercinta?

Pelakon: Nawat Kulrattanarak , Ornjira Laemwilai.

SENDA PAGI: Naik Lif Turun Tangga, Mulai 26 Mac 2012, Setiap Isnin, 10.30pagi (13 episod)

Sejak bercerai, Munirah telah membesarkan kedua-dua anaknya tanpa mengharapkan bantuan daripada bekas suaminya, Amran. Kehidupannya yang tenang kembali menjadi kecoh selepas Amran berkahwin semula dengan Noridah, seorang pegawai perhubungan awam (GRO) yang cantik. Bagaimanakah Munirah berdepan dengan gelagat Amran dan Noridah?

Pelakon: Noorkhiriah, Azlee Jaafar, Azzarima, Ezany, Wan Sharmila, Eka Farhana.

SINETRON: Dia Jantung Hatiku, Jun 2012, Setiap Isnin – Khamis, 2.00petang

Aida tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun menderita dengan sakit jantung. Datuknya yang sakit tenat mahu melihat Aida bertunang dengan cucu kenalannya, Riza. Penolakan Aida mengecewakan datuknya dan akhirnya meninggal dunia degan kesal. Aida rasa bersalah dan menuruti pesanan datuknya untuk bertunang dengan Riza. Aida disangka perampas kekasih sebab Riza sudah mempunyai teman wanita, Indira yang juga merupakan sahabat penanya. Aida menjadi bingung. Pada masa yang sama, Aida didekati dengan jirannya, Aksan yang baik hati dan prihatin. Bagaimanakah kisah selanjutnya?

Pelakon: Naysilla Mirdad, Christian Sugiono, Kimberly Rider, Rionaldo Stokhorst, Desy Ratnasary, Mathias Muchus, Drg. Fadly, Rima Melati

Wanita Hari Ini, Isnin – Jumaat, 12.00tengahari

Sebuah program khusus untuk kaum wanita dan seisi keluarga. Program bual bicara memfokuskan isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik, antaranya isu hari ini, fesyen terkini, soal kesihatan, personaliti berjaya, dekorasi rumah dan kisah rumahtangga yang mendapat perhatian ramai.

Hos: Azizah Ariffin, Fiza Sabjahan, Teh Syuhaida, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim.

Nona, Setiap Ahad, 2.00petang

Sebuah program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini. Terdapat 5 segmen tetap setiap minggu iaitu Realiti, Glam Buzz, Sekilas: Kaki Shopping & Terapi, Rasa, Suasana dan 3 segmen yang berubah mengikut turutan setiap minggu termasuklah Minat Sangat / Tambah Dana, Sepetang Bersama / Di Sebalik Nama dan Makan Angin / Kembara Benua.

Hos: Fara Fauzana dan Neelofa.

5 Rencah 5 Rasa (musim 4), mulai 2 April 2012, Setiap Isnin, 11.30pagi (13 episod)

Pelajari aneka resepi dan tip masakan yang cukup menyelerakan bersama chef selebriti, Shersen di musim terbaru ini. Saksikan cara-cara Shersen melapah kambing, memasak belut serta memasak di luar lokasi yang menarik seperti Gold Coast Sepang dan kapal cruise Putrajaya.

Women Travel Show, Oktober 2012, Setiap Khamis, 11.30pagi

Terokai dunia dengan santai. Kembara mengenali pelbagai lokasi menarik untuk percutian, riadah, santapan, beli belah dan banyak lagi.

 

 

Akma AF3 Bakal Bertunang Pada 6 Mei 2012

Penyanyi dan juga pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia 3, Akma Abdullah, 27, mengesahkan dia bakal bertunang pada 6 Mei depan dengan seorang eksekutif, Petronas, Farih Hamshi, 28.

Menurut kenyataan Akma di laman portal murai.com, dia mula mengenali bakal tunangnya itu selepas program realiti tersebut. Kata Akma, seorang teman telah memperkenalkan Farih kepadanya.

Namun selepas perkenalan tersebut mereka tidak lagi bertemu lebih lima tahun kerana masing-masing sibuk komitmen sehinggalah dipertemukan semula pada awal tahun 2011 lalu. Dan kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang.Akma juga memberitahu, pada 3 Mac lalu Farih telah menghantar rombongan merisik dan majlis tersebut diadakan di rumah Akma di Jalan Klang Lama.

Tahniah pada Akma….

 

Akma AF3 Bakal Bertunang Pada 6 Mei 2012

Penyanyi dan juga pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia 3, Akma Abdullah, 27, mengesahkan dia bakal bertunang pada 6 Mei depan dengan seorang eksekutif, Petronas, Farih Hamshi, 28.

Menurut kenyataan Akma di laman portal murai.com, dia mula mengenali bakal tunangnya itu selepas program realiti tersebut. Kata Akma, seorang teman telah memperkenalkan Farih kepadanya.

Namun selepas perkenalan tersebut mereka tidak lagi bertemu lebih lima tahun kerana masing-masing sibuk komitmen sehinggalah dipertemukan semula pada awal tahun 2011 lalu. Dan kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang.Akma juga memberitahu, pada 3 Mac lalu Farih telah menghantar rombongan merisik dan majlis tersebut diadakan di rumah Akma di Jalan Klang Lama.

Tahniah pada Akma….

 

Gambar Zander Xayne Iskander..Anak Harith Iskander & Jezamine Lim

King of Comedy, Harith Iskander akhirnya bergelar bapa apabila isterinya, Jezamine Lim Iskander selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Mac baru-baru ini.

Harith berkongsi berita gembira mengenai putera sulungnya itu di laman akaun Twitter miliknya. Bayi seberat 3.89 kilogram itu diberi nama Zander Xayne Iskander.

 

50,000 Pengunjung Banjiri Dataran Shahbandar Untuk Saksikan Hot FM Big Jam 2012

Seramai 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar  Kuala Terengganu untuk menyaksikan Hot FM Big Jam 2012  pada sabtu lepas. Ia satu angka yang amat memberangsangkan kerana ini adalah kali pertama Big Jam diadakan di pantai timur. Konsert ini bermula dari jam 5 petang sehinggalah jam 11.30 malam. 

Antara artis-artis yang hadir pada Big Jam ini ialah Black Mentor, Ella, Spider, Zamani Slam, AXL,Hafiz,XPDC,Alyah, Amir Uk’s dan lain lain lagi. Nidji pula hadir sebagai artis jemputan pada Big Jam kali ini memang tidak menghampakan para pengunjun.Di antara lagu-lagu yang di sampaikan oleh Nidji ialah Biarlah, Jangan Takut dan Laskar Pelangi.

[nggallery id=55]