“CHANTEK” ~ Kisah Romantik Komedi Antara Majikan & Pembantu Rumah

Filem Chantek yang bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini menampilkan Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Wah, Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo.Ia adalah filem kedua dari Empat Semudra Plantation Sdn Bhd dan menelan kos RM1.4 juta ini mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur. Filem ini diarah sendiri oleh Pierre Andre.

Menggunakan tagline ‘Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan’, penonton pasti memahami maksudnya diakhir cerita tanpa sebarang tekanan emosi atau penyimpangan mesej asal kerana filem ini adalah kisah cinta santai dan komedinya cukup menghiburkan seisi keluarga.

Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta CHANTEK dan Ad. Namun ada suatu perkara yang mengujakan apabila penonton juga berpeluang menyaksikan Pierre Andre menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu ‘Madu dan Racun’ yang dinyanyikan beliau sewaktu babak memujuk CHANTEK.

Sinopsis

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK  berubah  setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *