Cinta Rakyat MALAYSIA Terhadap Coklat Tidak Pernah Berubah, Terus Memacu Pertumbuhan CADBURY

Sungguhpun dalam tempoh penuh pancaroba ini, cinta rakyat Malaysia terhadap coklat tetap tidak berubah, dengan orang ramai terus mengidamkan rasa kebahagiaan, kegembiraan dan ikatan emosi yang dicetuskannya.

Cadbury Dairy Milk, jenama coklat kesukaan ramai di bawah Mondelēz International, telah dinobatkan sebagai jenama makanan No.1 yang paling pesat berkembang di Malaysia oleh Kantar, sebuah syarikat data, pandangan dan perundingan yang terkemuka di dunia. Edisi terkini laporan Asia Brand Footprint 2022 oleh Kantar 2022 mendedahkan, keutamaan pengguna terhadap jenama itu telah meningkat sebanyak 21% pada tahun 2021, yang merupakan rekod tertinggi dalam kategori berkenaan.

Narmeen Khan

Pertumbuhan itu adalah hasil inovasi jenama yang konsisten dan mengutamakan keperluan pengguna, membolehkannya bertindak balas secara tepat kepada permintaan pasaran, khususnya di tengah-tengah peralihan dicetuskan oleh pandemik.

Narmeen Khan, Pengarah Urusan (Malaysia dan Singapura) di Mondelēz International berkata, “Di Mondelēz, kami sentiasa membayangkan dan mengolah semula tawaran, keupayaan, dan capaian kami untuk memenuhi cita rasa dan keperluan pengguna yang sering berubah. Ini merupakan dan akan kekal menjadi satu komitmen yang memberikan kami kekuatan dan ketangkasan untuk menawarkan snek yang betul, untuk masa yang betul, dan diperbuat dengan cara yang betul.”

Tambah beliau lagi, dengan penuh penghargaan terhadap sokongan padu daripada pengguna di sini, “Pencapaian ini meraikan sokongan berterusan yang kami terima daripada rakyat Malaysia. Merekalah yang menjadikan Cadbury Dairy Milk coklat pilihan dan kegemaran isi rumah.”

Laporan itu mengukur kadar pembelian pengguna untuk jenama Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG). Dapatannya mencerminkan pelaburan berterusan Mondelēz dalam pengedaran dan pendedahan pelbagai saluran, yang telah memperluaskan kehadiran jenama itu merentasi titik sentuhan pengguna termasuk pasar raya besar, pusat beli-belah, pasar mini dan laman e-dagang.

Diperbuat di Malaysia, Secara Malaysia

Arpan Sur, Ketua Pemasaran (Malaysia & Singapura) di Mondelēz International percaya, keupayaan untuk memahami nilai, tingkah laku dan keutamaan pengguna Malaysia yang sering berubah menyumbang kepada pertumbuhan jenama dan kedudukannya sebagai peneraju dalam kategori berkenaan selama ini.

“Ramai orang yang mempunyai ikatan istimewa dengan coklat. Ia menggembirakan mereka dan sering digunakan untuk menyampaikan rasa gembira, kasih sayang, serta sebagai ganjaran untuk diri serta insan tersayang. Namun begitu, tabiat pembelian mereka berubah dari semasa ke semasa dan merentasi pasaran. Mondelēz menggunakan pendekatan ‘manusiawi’ (‘humaning’) kami yang unik bagi memupuk hubungan dan pemahaman lebih mendalam dengan pengguna kami, yang membantu kami membangun dan menyesuaikan tawaran kami untuk memenuhi keperluan mereka pada bila-bila masa,” kata Arpan.

Arpan Sur

Dalam beberapa tahun ini, Cadbury Dairy Milk telah menyuntik ciri tempatan ke dalam pengalaman jenamanya buat rakyat Malaysia, tidak terhad kepada format dan pembungkusan baharu. Menerusi kempen ‘Kuih Raya Dari Hati’ mereka, jenama itu menyemarakkan inspirasi rakyat Malaysia untuk membuat kuih raya sempena Ramadan dan Hari Raya dengan menggabungkan pembungkusan Cadbury Dairy Milk serta kertas lapik pembakar dan bahan-bahan lain yang penting.

Selari dengan inisiatif jenama dalam membudayakan kebaikan dan kemurahan hati untuk mewujudkan silaturahim yang bermakna, Cadbury bertindak balas terhadap gerakan Bendera Putih Malaysia 2021 dengan menganjurkan inisiatif Bendera Kemurahan Hati (Flags of Generosity), di mana bendera berwarna ungu ikonik Cadbury telah diedarkan di kawasan kejiranan yang berkemampuan. Kemudian, makanan dan bekalan lebihan dikumpulkan dari rumah dengan bendera ungu untuk disumbangkan kepada keluarga-keluarga yang mengibarkan bendera putih. Inisiatif murni itu telah menobatkan Cadbury sebagai pemenang pingat Emas di anugerah Cannes Lions 2022.

Seruan untuk berbuat ikhsan diteruskan tahun ini dengan kempen #CadburyHuggingBar Cadbury, satu siri bar coklat 160gm yang direka bentuk khas. Sepanjang Jun dan Julai 2022, rakyat Malaysia boleh menghantar coklat bar itu secara percuma kepada rakan-rakan atau insan tersayang, sambil mengambil bahagian dalam cabaran untuk memenangi hadiah eksklusif. Seruan untuk membudayakan kemurahan hati disemarak lagi dengan tayangan filem Cadbury Generosity yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk “Rasai Kelembutan Dalam Kebaikan”.

Mondelēz International memiliki kemudahan pengeluaran Cadbury di Shah Alam yang turut membekalkan produk-produknya ke pasaran lain dalam rantau Asia Tenggara. Ini sekali gus membolehkannya terus memperkenalkan citarasa tempatan bagi memenuhi kepelbagaian selera Malaysia, termasuk Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut, Kopi-C, dan Durian.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *