Coca-Cola Hidupkan Semangat Ramadhan

Ketika anda berjalan-jalan di sekitar bazar ataupun kawasan perumahan pada bulan Ramadhan ini, cubalah perhatikan kemunculan sebuah trak merah Coca-Cola, dan jika anda mendengar ketukan pada pintu rumah, anda mungkin diziarahi oleh Aidid Marcello dan Fizza Sabjahan  yang ingin berkongsi kehebatan Coke dengan anda.Selaras dengan semangat beri-memberi dan berkongsi di sepanjang bulan yang mulia ini, 150,000 botol Coca-Cola sedang diedarkan di kawasan perumahan, pusat membeli-belah, stesen bas, pondok tol dan bazar terpilih. Oleh yang demikian, perhatikanlah Trak Semangat Ramadhan dan jawablah ketukan pintu itu!

Pembungkusan botol Ramadhan istimewa ini mempunyai ruangan khas di mana anda boleh menulis nukilan hati, mesej, ucapan atau petikan, untuk ditujukan kepada kawan dan orang tersayang.Pemberian ini adalah sebahagian daripada kempen Ramadhan Coca-Cola demi menggalakkan orang ramai berkongsi kebahagiaan bulan Ramadhan bersama kawan dan ahli keluarga, dan pada masa yang sama, memperingati golongan yang kurang bernasib baik.

“Sesungguhnya, suatu pemberian akan menjadi lebih bermakna apabila niat dan mesej datang ikhlas dari hati. Kami berharap inisiatif ini dapat merangsangkan orang ramai untuk berbuat sedemikian bersama rakan, saudara mara dan turut tidak dilupakan, kepada golongan kurang bernasib baik, ” kata Pengarah Hal Ehwal Awam & Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Encik Kadri Taib.

Sempena bulan Ramadhan, Coca-Cola Malaysia berazam untuk memberi bantuan berbentuk wang ringgit sehingga RM50,000 bagi menjayakan projek-projek pembekalan air bersih  kepada komuniti luar bandar. Ke arah itu, semua warga Malaysia dijemput untuk menyebarkan seberapa banyak ucapan Hari Raya yang boleh melalui aplikasi perayaan khas Coca-Cola.Semakin banyak mesej yang dihantar, semakin tinggilah jumlah wang yang akan disumbangkan oleh Coca-Cola untuk membantu projek luar bandar tersebut. Anda hanya perlu menulis and menujukan mesej Ramadhan kepada rakan-rakan dan orang tersayang dengan menggunakan aplikasi “Mesin Sebarkan Semangat Ramadan” Cola-Cola yang boleh didapati di facebook.com/cocacola .

Sumbangan wang akan disalurkan kepada organisasi kebajikan dan pembangunan masyarakat, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan Raleigh International. Dengan kerjasama Coca-Cola, kedua-dua organisasi tersebut akan menjalankan projek menyediakan bekalan air bersih dan pembentungan.

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *