Thursday , February 2 2023

“Demam” Star Wars di RTM Sepanjang November dan Disember 2013

Star-Wars_alltrilogies

Sebagai hadiah dan penghargaan kepada seluruh penonton setia salurannya sepanjang tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan filem-filem hebat Star Wars dua bulan berturut-turut sepanjang November dan Disember ini. Pastinya khabar gembira ini begitu mengujakan peminat tegar filem-filem Star Wars yang  terkenal dengan adegan perlawanan pedangnya yang unik dan menarik. Malah di kalangan peminat fanatik filem genre fiksyen sains atau ringkasnya sci-fi, filem Star Wars tidak lapuk dek zaman walaupun berkali-kali menontonnya.

Menghiburkan penonton setiap Jumaat; pukul 10.00 malam mengisi slot English Blockbuster dan sebagai pembuka tirai saksikan filem A New Hope (1977) pada 15 November, Empire Strikes Back (1980); 22 November, Return of The Jedi (1983); 29 November, The Phantom Menace (1999); 6 Disember, Attack of The Clones (2002); 13 Disember dan diakhiri tayangan filem Revenge of The Sith (2005); 20 Disember. Kesemuanya disiarkan menerusi saluran TV2.

Membariskan pelakon utama terkenal Mark Hamill, Harrison Ford dan Carrie Fisher, A New Hope arahan George Lucas mengisahkan Luke Skywalker menyertai pasukan bersama Jedi Knight, juruterbang yang sombong, seorang Wookiee dan dua Droids untuk menyelamatkan alam semesta dari dunia pertempuran yang memusnahkan stesen Empayar. Pada masa sama mereka juga cuba untuk menyelamatkan Princess Leia daripada kejahatan Darth Vader.

Diikuti tayangan Empire Strikes Back, kerja kreatif pengarah Irvin Kershner yang mengekalkan pelakon yang sama. Plot kisahnya bermula berlaku selepas pemberontak telah menguasai dengan kejam Empayar yang pada asasnya baru ditubuhkan mereka. Luke Skywalker mengikuti latihan Jedi secara lebih mendalam lagi dengan Master Yoda manakala rakan-rakannya dikejar oleh Darth Vader sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menangkap Lukas.

Return of The Jedi pula mengetengahkan plot cerita menarik selepas menyelamatkan Han Solo dari Istana Jabba The Hutt, pemberontak cuba untuk memusnahkan Second Death Star, manakala Luke Skywalker cuba untuk membawa bapanya kembali ke pasukan Light Side mereka. Filem ini diarahkan oleh Richard Marquand.

Bulan berikutnya behibur dengan prekuel filemThe Phantom Menace lakonan Ewan McGregor, Liam Neeson dan Natalie Portman arahan George Lucas. Filem ini mengisahkan Two Jedi Knights cuba melepaskan diri dari sekatan pihak musuh untuk mencari sekutu dan mencari seorang anak muda yang boleh membawa keseimbangan untuk Force. Namun akibat lama tidak aktif, Sith muncul kembali untuk menuntut zaman kegemilangan lama mereka.

Kemudiannya saksikan Attack of The Clones juga arahan George Lucas yang membawa penonton mengikuti kisah sepuluh tahun selepas bermesyuarat, Anakin Skywalker berkongsi cinta dengan Padme, manakala Obi-Wan menyiasat cubaan membunuh ke atas Senator dan mendapati tentera klon rahsia direka untuk Jedi. Filem ini menyaksikan lakonan berkesan Hayden Christensen, Natalie Portman dan Ewan McGregor.

Menutup tirai tayangan filem-filem hebat Star Wars di TV2, tontoni filem bertajuk Revenge of The Sith yang mengekalkan pelakon dan pengarah yang sama dalam tajuk Attack of The Clones. Ikuti babak-babak menarik jalan cerita selepas tiga tahun berjuang di Clone Wars, Anakin Skywalker mengharapkan kejatuhan Sith penipu dan  menjadikan Jedi musuhnya. Lalu bersama orang-orang yang dipercayainya, dia meneruskan perjalanan menuju ke Dark Side.

Check Also

Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *