Dominasi Kreator Strongest of The Strong Live In Malaysia

Kreator, lagenda thrash metal dari Jerman disahkan akan melakukan konsert mereka di Malaysia selepas lebih hampir 19 tahun tidak menjejakkan kaki ke negara ini.

Mengangkat judul “Kreator Strongest of The Strong Live In Malaysia’, yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 25 Januari 2024.  Ianya adalah hasil usaha Rockstage Entertainment dengan kerjasama Lampuneon. Persembahan ini merupakan sebahagian daripada tour bagi mempromosikan album baharu mereka ‘Hate Über Alles’.

Talib Othman selaku Pengarah Rockstage Entertainment menjelaskan bahawa ini adalah usaha sulungnya dalam menganjurkan persembahan artis daripada luar negara, dimana sebelum ini beliau aktif menganjurkan persembahan artis-artis tempatan sahaja.

“Ini merupakan kerjasama pertama yang melibatkan Rockstage Entertainment dan Lampuneon, saya berharap agar ianya ‘membuahkan’ hasil yang boleh membanggakan kedua-dua pihak.  Meskipun amat sukar untuk mendapatkan Kreator, saya harap peminat dapat memberikan ‘komitmen’ mereka pula”, ujarnya.

“Saya tahu mungkin ramai di kalangan penggemar muzik ekstrim di luar sana yang tidak menyangka Kreator akan singgah ke Malaysia dalam rangka promosi album terbaharu mereka.  Apatah lagi ‘kebarangkalian’ untuk mendapatkan kepercayaan dan kelulusan daripada pihak ‘berkenaan’

‘Sifirnya mudah jika kita uruskan dengan saluran yang betul, InshaAllah semuanya akan mudah.  Saya harap peminat di luar sana hadir untuk memberikan sokongan.  Setelah 19 tahun kini Kreator kembali beraksi di Malaysia”, tambahnya.

Sementara itu Samsul Kamal, wakil LampuNeon menyifatkan bahawa kesudian Kreator untuk beraksi di Kuala Lumpur adalah satu keajaiban memandangkan mereka punya pengalaman yang ‘kurang enak’ sebelum ini.

“Peminat muzik berat di Malaysia sewajarnya mengambil peluang ini, kita tidak tahu bila lagi Kreator akan mengadakan persembahan di sini.  Bukan senang nak tengok antara ‘pioneer’ thrash dunia”, ujarnya

“InshaAllah, kami sedaya upaya memberikan ‘keselesaan’ buat peminat yang hadir apatah lagi ianya di buat di lokasi yang cukup strategik di samping pelbagai fasiliti yang lengkap untuk  keselesaan semua”, tambahnya.

Peminat Malaysia amat bertuah kerana Rockstage Entertainment dan Lampuneon mengambil peluang membawakan mereka ke negara ini. Sudah tentu mereka akan membawa para peminat melungsuri nostalgia bersama lagu-lagu lama dan baru secara total dalam konsert tersebut yang amat dinanti-nantikan. Kreator bukan asing bagi peminat di negara ini termasuk di beberapa negara Asia Tenggara lain.

Untuk info, Kreator terlebih dahulu menggunakan nama Tormentor, namun mereka menukarnya.

Sepanjang kewujudan mereka ramai pemuzik yang telah mengisi kekosongan kumpulan ini sebagai anggota tetap. Kini Kreator dibarisi vokalis dan juga pemain gitar Miland ‘Mille’ Petrozza, pemain dram Jürgen ‘Ventor’ Reil, pemain gitar Sami Yli-Sirniö dan pemain bass Frédéric Leclercq.

 Sehingga kini Kreator telah mengeluarkan 15 album studio, dua album mini atau EP, dua album live dan tiga album kompilasi setakat ini yang semuanya telah berjaya terjual di seluruh dunia melebihi dua juta unit sekali gus menjadikan mereka kumpulan thrash metal Jerman terlaris sepanjang masa.

Selepas beberapa dekad, kumpulan thrash veteran ini telah menemukan cara untuk terus mengekalkan status mereka di hadapan termasuk menyesuaikan diri dengan peminat masa kini tanpa perlu tersasar daripada akar umbi muzik mereka. Legasi mereka diteruskan dengan penghasilan album baharu, melakukan tour di seluruh dunia termasuk dalam konsert besar dan bertemu peminat setia mereka di mana-mana.

Kreator meraikan empat dekad dominasi thrash pada tahun 2022 dengan album studio ke-15 mereka ‘Hate Über Alles’ sebelum melakukan siri jelajah besar-besaran ke seluruh dunia, mengukuhkan lagi Kreator sebagai satu ‘kuasa’ utama yang berdaya tahan dalam sejarah metal.

Ini merupakan sebagai sebahagian daripada jelajah tour ke seluruh dunia yang mempromosikan ‘Hate Über Alles’. Terdapat empat kategori tiket yang akan dijual sama ada dibeli secara online atau di pintu masuk pada hari konsert berlangsung. Harga bagi tiket yang dibeli secara online untuk kategoeri VIP Box berharga RM750. Tiket VIP Box hanya dijual secara online atau dalam talian sahaja.

 Sementara tiket yang dibeli secara online untuk kategori CAT 1 iaitu free standing (RM330), kategori CAT 2 iaitu premium seats (RM380) manakala kategori CAT 3 iaitu normal seats (RM350). Bagi tiket yang dibeli di pintu masuk pada hari konsert berlangsung, kategori CAT 1 iaitu free standing (RM380), kategori CAT 2 iaitu premium seats (RM430) manakala kategori CAT 3 iaitu normal seats (RM400).

 Tiket-tiket boleh dibeli secara online dengan melayari www.myticketempire.com Jualan tiket akan dibuka dalam masa terdekat dan peminat Kreator boleh membeli tiket dengan menggunakan perkhidmatan ATOME dengan melakukan pembayaran tiga kali. Justeru peminat metal jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton lagenda thrash dunia beraksi di Malaysia!

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *