Thursday , February 9 2023

Drama “Hati Perempuan” Ganti “Teman Lelaki Upahan”

HP 14Drama Teman Lelaki Upahan lakonan Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia dan Ungku Ismail sebagai Ezwan Lutfi (EL) telahpun melabuhkan tirainya dengan kesudahan yang manis dan membahagiakan pada 26 Mac lalu. Slot Akasia yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis ini akan dihiasi pula dengan sebuah lagi drama menarik yang turut diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu “Hati Perempuan”.

“Hati Perempuan” yang akan mula mencuri hati para peminat drama Melayu mulai 30 Mac ini merupakan karya novelis Nur Ain Al-Abas dan arahan Kas Roshan dengan gandingan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama. Drama 28 episod ini turut membariskan bintang yang semakin meningkat naik seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.

HP 7“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zari (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Poster Hati PerempuanTengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 malam di TV3. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv3.com.my dan www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangan. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia.

Check Also

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *