Drama Popular “JOURNEY TO THE WEST” Di 8TV Catat ‘RATING’ Lebih 1 Juta Penonton!!

Saluran hip 8TV telah berjaya meningkatkan kedudukannya menerusi drama popular Journey to the West yang julung-julung kalinya ditayangkan di Asia. Pembikinan semula cerita klasik Cina kurun yang ke-19 yang mula disiarkan pada 3 Januari 2012 telah mencapai ‘rating’ tertinggi melebihi 1 juta penonton!

Journey to the West mengisahkan tentang seorang Buddha bernama Tang Sanzang yang memulakan perjalanan ke Barat, bertujuan untuk mendapatkan sebuah kitab suci Buddha yang dikenali dengan nama kitab  ‘Budha Sutra’. Perjalanan Tang ditemani oleh tiga muridnya iaitu Sun Wukong yang merupakan ’Raja Monyet’, ‘Pigsy’ dan Sandy. Ikuti perjalanan mereka dalam misi mendapatkan kitab ‘Buddha Sutra’ yang pastinya menghiburkan dengan pelbagai aksi mencuit hati ditunjukkan dalam mengharungi cabaran dan rintangan yang dihadapi mereka. Kisah mitos ini juga menampilkan sejarah dan budaya tradisional di negara China.

Menghidangkan variasi program-program Cina terbaik tempatan dan antarabangsa merupakan salah satu resepi 8TV berjaya menarik ramai penonton.  Teruskan menonton Journey to the West yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam hanya disaluran hip 8TV!

 

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *