Dunki sarat dengan emosi dan mengetengahkan erti persahabatan

2023 bermula dengan bintang Bollywood terkemuka, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) membuat kemunculan luar biasa menerusi filem blockbuster, Pathaan.Ia diikuti filem aksi thriller, Jawan pada pertengahan tahun. Kedua-dua naskhah ini menyaksikan SRK dalam avatar aksi hingga menjadikan dua filem ini meraih kutipan tertinggi dalam industri perfileman Bollywood, tahun ini.

Tidak terhenti di situ, SRK mempertaruhkan filem terakhir bergenre komedi, drama dan romantik berjudul Dunki pada penghujung tahun ini.Ia juga kerjasama SRK buat pertama kali bersama pengarah hebat yang pernah mencipta sejarah menerusi filem Munnabhai MBBS, PK dan 3 Idiots, Rajkumar Hirani.

Tampil dengan kisah berbeza, filem Dunki menjauhkan SRK daripada aksi dan penampilan macho di layar perak.Dunki mengetengahkan perbezaan antara kaya dan miskin, celik dan buta huruf serta impian dalam kehidupan.Ia mengangkat isu pendatang asing dari Punjab, India Utara untuk mencari kehidupan lebih baik.Di sebalik itu, Rajkumar turut menyelitkan beberapa fakta dan statistik yang berlaku terhadap pendatang asing dalam skrip ditulis bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon itu.

Kisah pendatang asing sudah menjadi isu โ€˜tabuโ€™ dan memberi impak seluruh dunia, namun Rajkumar bijak mengolah jalan cerita dengan menyuntik elemen kemanusiaan, selain disampaikan berselang-seli dengan aksi humor serta menjentik emosi penonton.

Dunki tampil dengan kekuatan tersendiri melalui jalan cerita dan lakonan hebat SRK dan gandingannya, Taapsee Pannu.Selain itu, Dunki turut dibarisi oleh Boman Irani, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover dan Dharmendra.

Kisah berlatarkan pada tahun 1995 apabila Hardy Singh Dhillon (SRK) yang juga seorang askar yang baru saja pulih daripada kecederaan tiba di bandar bernama Laltu di Punjab untuk mencari lelaki yang pernah menyelamatkan nyawanya.

Hardy bertemu dengan tiga lelaki, Taapsee Pannu (Manu), Anil Grover (Balli) dan Vikram Kochhar (Buggu) yang bercita-cita berhijrah ke London, England untuk mencari kehidupan lebih baik.

Tanpa diketahui, lelaki itu sudah meninggal dunia dan abang kepada Manu. Atas rasa terhutang budi, Hardy berjanji membantu Manu dan rakan-rakannya ke London.Bagaimanapun, mendapatkan visa tidak semudah disangka, selain kekurangan wang.

Mereka mula mendekati ejen yang menipu, kemudiannya atas desakan Hardy mereka mula belajar bahasa Inggeris untuk memperoleh visa pelajar ke United Kingdom (UK).

Mereka bertemu Siddu (Vicky Kaushal), seorang lelaki yang terdesak mahu pergi ke London hanya untuk sehari.Apabila gagal menyelesaikan kelas bahasa Inggeris, mereka mengambil jalan mudah melalui laluan haram.

Bermula ke Pakistan, kemudiannya Afghanistan, Iran dan seterusnya, UK dengan kapal, namun tersangkut dalam kontena.Sudah tentu perjalanan mereka penuh pengkhianatan dan kehilangan beberapa rakan pengembara di sepanjang jalan, tetapi mereka tidak berputus asa menjejaki kota impian, London.

Dunki sarat dengan emosi dan mengetengahkan erti persahabatan dan nilai setia kawan.Selain memperjuangkan erti putus asa, ia dapat dilihat oleh empat sekawan yang tidak mudah mengalah, meskipun berdepan dengan pelbagai halangan untuk menjejakkan kaki ke London.

Terdapat dialog yang membawa maksud tersurat dan tersurat sehingga penonton mengalir air mata.Namun, SRK paling bersinar dalam adegan mahkamah di mana mengisytiharkan bahawa tidak akan meninggalkan negaranya dan bercakap buruk mengenainya.Babak itu muncul berhampiran klimaks dan meninggalkan kesan yang paling mendalam.

Dunki berdurasi 2 jam 39 minit yang diedarkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd di Malaysia itu menemui penonton di pawagam seluruh dunia sejak 21 Disember lalu.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *