ERA Mengumumkan Senarai ‘Top 5’ ERA Digital Muzik Awards 2018

Senarai ‘Top 5’ ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) diumum oleh jenama radio ERA dan penaja, Deeja Cosmetic, di sidang media yang berlangsung di Red Box, The Gardens Kuala Lumpur hari ini dan pada masa yang sama, memulakan Fasa Kedua undian EDMA 2018. Sidang Media hari ini turut dihadiri oleh Dhan Andreas, Pengurus Kandungan ERA, dan Hanez Suraya, Duta dan Jurucakap Deeja Cosmetic, dan dimeriahkan lagi oleh persembahan dari Masya Masyitah dan Ariff Bahran.

Fasa Kedua undian EDMA 2018 akan berlangsung dari 14 sehingga 23 Januari 2019 dan memberi peminat-peminat ERA peluang sekali lagi untuk membuang undi mereka bagi memilih juara dalam 6 kategori melalui laman web edma.era.je.

Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019, dan menyaksikan persaingan yang hebat antara penyanyi-penyanyi baru dan yang berpengalaman. Peminat-peminat ERA telah memberi sambutan yang amat mengalakkan dalam membuang undi mereka untuk menyenarai pendek calon-calon EDMA 2018.

5 calon terbaik yang disenarai pendek hari ini akan terus maju ke Fasa Kedua undian. Mereka akan bersaing untuk menjadi juara kategori masing-masing. Pemenang-pemenang EDMA 2018 akan diumumkan di malam anugerah EDMA 2018 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ini. (Sila rujuk di bawah untuk mendapatkan senarai 5 calon yang disenarai pendek dalam setiap kategori EDMA 2018).

EDMA, anugerah digital yang sudah tiga tahun dikendalikan oleh jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, ERA, diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan. Pada tahun ini, EDMA merangkumi juga artis-artis yang viral di media sosial untuk memberi pengiktirafan kepada bakat dan pencapaian mereka. Penerimaan hangat dari peminat-peminat ERA untuk artis-artis viral di media sosial membuktikan bahawa artis-artis media sosial mempunyai potensi dan bakat yang mampu memberi perubahan yang penting kepada industi hiburan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018, sila ikuti laman sosial ERA (Facebook, Instagram, Twitter) dan layari www.era.je

SENARAI TOP 5 ‘ERA DIGITAL MUSIC AWARDS 2018’ (EDMA 2018)
(Nota: Hanya 6 kategori dibuka untuk undian)

  1. Lagu Paling Viral
  • Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
  • Sufian Suhaimi – Dimatamu
  • Hael Husaini – Hajat
  • Faizal Tahir – Ragaman
  1. Penyanyi Kolaborasi Terbaik
  • Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
  • Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
  • Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
  • Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
  • Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku
  1. Muzik Video Paling Lit
  • Andi Bernadee – Satu Peluang
  • Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
  • Floor 88 – Roadblock Hatiku
  • Ismail Izzani – Bidadari
  • Sarah Suhairi – Nyawa Raga
  1. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
  • Khai Bahar
  • Kucaimars
  • As’ad Motawh
  • Hael Husaini
  • Sarah Suhairi
  1. Temubual Terbaik Carta ERA
  • Haqiem Rusli
  • Wany Hasrita
  • Ara Johari
  • Sarah Suhairi
  • Sufian Suhaimi
  1. Penyanyi Pilihan DEEJA
    • Ariff Bahran
    • Ayda Jebat
    • Ismail Izzani
    • Faizal Tahir
    • Syamel
  1. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *