Ezani, 26 tahun yang berasal dari Kajang telah berjaya menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama dengan mengalahkan Wahidan, 42 tahun dari Sarawak. Ezani yang menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak gemar untuk memilih masakan yang segar.
Sebagai juara Ezani membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 dan berpeluang untuk menerbitkan buku masakan sendiri.
Untuk santapan penamat ini, para peserta harus mereka cipta menu dan juga resepi yang bertemakan ‘The Meal Of Your Life’ untuk dihidangkan kepada 40 tetamu yang hadir. Jangkaan ramai mengatakan Ezani sebagai juara tenyata menjadi keyataan apabila beliau telah berjaya dengan menu dan resepi pilihannya.
Pastinya impian Ezani untuk menguruskan perniagaan kateringnya sendiri tercapai selepas kemenangan ini.