Faizal Lubis Pilih Orkestra Malaysia Untuk Hasilkan Album Terbarunya

Faizal Lubis merupakan seorang komposer, produser, pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Jakarta, Indonesia.

Bermula dengan menjadi pemain keyboard professional di beberapa buah band hebat di Indonesia, Kini Faizal memutuskan untuk memulakan kerjaya solo dengan menyanyikan lagu-lagu yang di ciptakan olehnya sendiri.

Sebelum memulakan kerjaya solo, Faizal Lubis telah mendapat pengiktirafan melalui penyertaannya dalam kumpulan Kasyara, yang pernah membuka konsert untuk Zamani dan membawakan lagu “Gerimis Mengundang.” Lagu versi Kasyara ini bahkan menjadi hits dan mendapat tempat di carta-carta radio Malaysia dan Indonesia. Sebelum ini, beliau juga pernah menjadi menjadi bahagian dari kumpulan Noah dan Alexa.

Sebagai pencapaian terkini, Faizal Lubis telah melancarkan single Bersama penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso, dengan sentuhan gitar daripada Pay Burman bekas pemain gitar dari Kumpulan Slank.

Menutup tirai tahun 2023, Faizal Lubis baru sahaja menyelesaikan proses rakaman untuk album terbaru beliau yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur Malaysia bersama orchestra yang yang di beri nama FAIZAL LUBIS PHILHARMONIC ORCHESTRA.

Faizal Lubis Philharmonic Orchestra yang kesemuanya terdiri dari pemain orchestra muda berasal dari Malaysia. Beliau memproduksi 5 lagu berbahasa Inggeris yang dijadualkan untuk dikeluarkan tahun ini 2024.

Ketika di tanya kenapa beliau memilih pemain orchestra dari Malaysia? Berikut ini respon dari Faizal.

“Saya ingin terus menunjukkan eksplorasi muzikal saya dengan kolaborasi yang menarik dan produksi yang berkualiti, maka dari itu saya memilih pemain orchestra dari Malaysia.

“Kehebatan mereka dapat saya rasakan apabila mereka mendapat music score kurang dari seminggu Sahaja namun dapat memainkan karya saya dengan baik,” jelasnya.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *