Fasha Sandha Bernikah Di Ampang..Resepsi Di Perlis & Luar Negara

 

“Sebenarnya tarikh itu tidak, macam mana nak cakap ya, memang betul saya akan bernikah pada hujung April ini, tapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar,” ujar pelakon popular, Fasha Sandha mengulas mengenai tarikh perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 29 April 2012.

“Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga dan bila betul-betul masanya, persiapan dah siap dan kami dah bagi kad jemputan, baru saya boleh beritahu pada semua. Apa-apapun, tarikh yang dinyatakan itu hampir tepat. Cuma ada benda yang saya tak boleh beritahu semua kerana saya kena menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami sendiri. Saya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan.” 

Ditanya mengenai desas-desus kononnya Fasha bakal bernikah di Kuala Lumpur dan memilih pulau peranginan popular, Bali sebagai lokasi majlis resepsi, Fasha memberitahu, “Memang benar saya akan bernikah di Kuala Lumpur. Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya.

“Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara.”

*Credit to GUA

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *