‘Feel Good Run 2012’ ~ Kini Kembali!!!!!

Larian yang dimaksudkan adalah larian amal Feel Good Run anjuran ntv7. Kembali buat tahun kedua pada tahun 2012, larian ini ternyata adalah satu-satunya acara larian yang penuh dengan keseronokan dan tetap terus mengekalkan faktor “rasa ceria” kepada semua pelari yang bakal mengambil bahagian.

Tahun lalu sahaja, larian penuh ceria ini telah menarik seramai 5,000 pelari dan hampir 10,000 orang awam hadir untuk turut meraikan acara hebat itu. Sebanyak RM 140,000 telah pun berjaya dikutip untuk didermakan kepada badan-badan amal terpilih. Untuk itu, acara larian ini akan dianjurkan sekali lagi bertempat di sekitar Sri Pentas, Bandar Utama pada hari Ahad, 8 Julai nanti.

Hadir sebagai penaja utama dalam acara Feel Good Run 2012 kali ini adalah peneraju dalam makanan kucing dan anjing terunggul dunia – WHISKAS dan PEDIGREE – di mana kedua-duanya adalah jenama di bawah MARS yang amat dikenali dengan syarikat berkaitan penjagaan haiwan, coklat, konfeksi, makanan dan minuman di seluruh dunia.

Menggunakan khidmat pengurusan larian yang sama, Twenty First Century Sports, acara Feel Good Run 2012 sekali lagi menawarkan beberapa kategori:

  • Feel Good Run – 7km, untuk 13 tahun dan ke atas
  • Run with Celebrities – 3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
  • Costume Fun Run –  3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
  • Kids Run – 700 m, untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah

Ahli Jawatankuasa Penganjur juga telah menghasilkan slogan yang sesuai pada tahun ini iaitu Do Good, Feel Good! atau terjemahannya Buat Baik, Ceria Selalu. Slogan yang dicipta ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat untuk memiliki hati yang begitu besar dalam membantu mereka yang memerlukan di mana bukan sahaja terhadap manusia malah kepada golongan haiwan. Ini adalah kerana semua kutipan akan disalurkan secara sama rata kepada empat penerima sumbangan baru tahun ini iaitu – Yayasan Chow Kit, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society, dan PAWS Animal Welfare Society Malaysia.

Pendaftaran akan mula dibuka pada pada 21 Mac dan akan ditutup pada 1 Jun dengan yuran sebanyak RM 25 untuk peserta berumur 13 tahun ke atas dan RM 10 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi Feel Good Run, www.ntv7.com.my/feelgoodrun, atau pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan di:

  • Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
  • Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dan mempunyai sebarang pertanyaan juga boleh menghantar emel ke feelgoodrun@ntv7.com.my atau hubungi 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

Feel Good Run yang juga dianggap sebagai acara larian selebriti yang paling berprestij dengan seramai lebih 70 orang selebriti mengambil bahagian pada tahun lepas. Antaranya Nazrudin Rahman, Aishah Sinclair, Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Dynas Mokhtar, Leslie Chai, dan Debbie Goh. Acara tahun ini juga bakal tidak kurang hebatnya dengan kehadiran barisan  personality media dan selebriti dunia hiburan. Turut menyertai sidang akhbar pelancaran Feel Good Run 2012 hari ini ialah pengacara ntv7 dan pembaca berita, Nazrudin Rahman, Joanne de Rozario, Daphne Iking, Melissa Ong, dan Fazilah Hani Harun; pengacara 8TV, Julie Woon; penyampai radio Hot FM, Suraya dan Deen; penyampai radio Fly FM, Phat Fabes dan Ben; serta penyampai radio one FM, William dan Wayne. Senarai penuh selebriti yang bakal mengambil bahagian akan hanya diumumkan pada awal Mei nanti.

 

Check Also

SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *