Filem-Filem Minggu Ini 21 Mac 2013


Tajuk : Bola Kampung The Movie
Pengarah: Wong Kuan Loong
Pelakon: Ezlynn, Afdlin Shauki, Harris Alif, Marsha Milan, Aznil Nawawi, Adila Shakir, Baki Zainal

Berdasarkan siri animasi televisyen “Bola Kampung”, filem ini berkisar tentang seorang budak lelaki bernama Iwan dan rakan-rakannya yang terserempak dengan sekumpulan budak yang berkostum bermain bola sepak di tempat aneh. Pasukan Iwan diajak untuk bermain suatu permainan bola sepak yang dikenali sebagai Street Soccer, dan mereka dengan serta-merta terus menyukainya. Iwan dan rakan-rakan melalui pengembaraan baru apabila Iwan perlu menolong seorang puteri melarikan diri daripada pembunuh upahan dari alam maya ke alam nyata. Akan tetapi, Iwan dan rakan-rakannya terpaksa memasuki alam maya demi menyelamatkan puteri. Untuk pulang ke dunia nyata, mereka perlu memilih tiga cabaran, yang mana salah satunya adalah bola sepak yang juga dikenali sebagai Bola Kampung. Alangkah terperanjatnya mereka apabila permainan yang dianggap mudah itu sebenarnya sukar kerana merka perlu melawan sekumpulan robot gergasi.

 

 

Tajuk : The Croods
Pengarah: Chris Sanders, Kirk De Micco
Pelakon: Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone

“The Croods” ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.

 

 


Tajuk : Side Effects
Pengarah: Steven Soderbergh
Pelakon: Jude Law, Rooney Mara, Catherine Zeta-Jones, Channing Tatum

“Side Effects” ialah sebuah filem thriller provokatif tentang Emily (Rooney Mara) dan Martin (Channing Tatum), pasangan New York yang berjaya. Dunia mereka menjadi huru-hara apabila Emily diberi ubat baru oleh psikiatrinya (Jude Law) yang sepatutnya mengubati penyakit kegelisahannya. Ubat tersebut menpunyai kesan sampingan yang tidak dijangka.

 

 

 

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *