Filem Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Sebuah filem seram komedi yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario.

Tayangan premier filem Sumpahan Syaitan ini telah diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu bertempat di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur.Filem ini telah membuat penggambaran pada sekitar tahun 2019 yang lalu namun di sebabkan pandemik maka tayangan filem ini terpaksa ditangguhkan.Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.23.

Sipnosis Filem Sumpahan Syaitan

Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.

Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?

Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Disebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan.

Senarai artis filem SUMPAHAN SYAITAN

1.Dato’ Ac Mizal

2.Dato’ Jalaludin Hassan

3.Farid Kamil

4.Nynaa Harizal

5.Saiful Apek

6.Azlee Senario

7.Pak Ya Sepahtu

8.Yassin Senario

9.Epy Kodiang

10.Syaiful Zero

11.Amai Kamaruddin

12.Arin Rajalawak

13.Adam Shahz

14.Azlan Komeng

15.Kenji Sawahii

16.Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)

17.Cracky Don

Jika anda di luar sana menginginkan filem Sumpahan Syaitan ini ialah filem seram sepenuhnya maka anda silap,ia merupakan filem komedi seram.Pada awalnya filem ini hendak dibuat sebagai filem seram namun diatas permintaaan komedi seram di luar sana maka ia bertukar dari seram ke komedi seram.

Jalan cerita serta plot untuk filem ini agak ‘straight forward’ dan mudah difahami dari awal sehingga akhir.Jika ada plot twist pun tidak berapa banyak.Mengenai CGI pula,mungkin boleh ditambah baik dimasa hadapan jika filem ini ada sekuel atau prekuelnya nanti.

Mengenai lakonan para pelakon memang tidak dapat disangkal lagi dengan adanya pelakon seperti Dato’ AC Mizal,Dato’ Jalaludin Hassan serta Farid Kamil. Ketiga-tiga pelakon ini melakonkan watak yang serius dalam filem ini. Manakala watak-watak komedi didalam filem ini dilakonkan oleh Saiful Apek, Azlee Senario,Epy Kodiang,Yassin Senario dan Syaiful Zero.

Secara keseluruhannya filem Sumpahan Syaitan ini sesuai ditonton untuk seisi keluarga kerana ia bergenre komedi seram.Filem ini juga ada memaparkan beberapa mesej-mesej yang positif untuk kita teladani bersama.

Contest “Tonton dan Menang”

TONTON & MENANG!

5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah!

Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com sekarang. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *