Filem ‘The Catcher’ Dilancarkan

Diumumkan pada sesi sidang akhbar pada hari ini ialah pelancaran filem paling mahal dalam sejarah perfileman tempatan berjudul “The Catcher”, dihasilkan melalui kerjasama Labuan Overseas Holding Berhad dan Robotz, dan diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. Filem yang bakal memecahkan rekod tempatan dan antarabangsa ini diterbitkan untukmeningkatkan industri pelancongan di Malaysia yang terkesan akibat pandemik, dan seterusnya dapat merangsang pemulihan ekonomi.

“Kita akan memanfaatkan ciri-ciri sesebuah jenama yang tersendiri dan nilai sejarah perniagaannya untuk membangunkan harta intelek (IP) bersama dengan akreditiasi bernilai tinggi, berdasarkan jenama-jenama prestasi kereta lumba yang boleh dijadikan tarikan seperti jenama hotel, bandar automotif, stesyen minyak, taman tema dan sebagainya. Sebahagian dari filem ini akan difilemkan di Port Dickson Bay. Ini bukan sahaja meransang pasaran industri perfileman tetapi juga dapat mempromosikan pelbagai aktiviti termasuk pembangunan Port Dickson Bay Studio yang dapat meningkatkan industri pelancongan & hospitaliti, peruncitan, F&B, hartanah, automotif dan sebagainya,” kata En Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.

Dengan bajet melebihi RM 50 juta, “The Catcher” memaparkan gaya hidup dan budaya pengubahsuaian kereta di Malaysia. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda kampung yang bekerja keras mengalahkan pencabar-pencabarnya dari seluruh dunia yang menggunakan “supercar” yang diubahsuai. Filem ini juga memecahkan rekod dunia dengan menampilkan 500 buah “supercar” dalam filem ini. Pengasas Robotz, Dato’ Sri Jeffrey Teoh berkata, “Supercar disukai oleh semua orang, dari pelbagai latar belakang. Sebagai peminat “supercar”, kami di Robotz diinspirasikan oleh kejayaan francais  filem “Fast & Furious” lakonan Vin Diesel dan Paul Walker, dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan filem tersebut. Penglibatan dalam menghasilkan sejarah melalui filem yang memecahkan rekod ini memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada kami”.

Kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini dimiliki oleh ahli-ahli Robotz Car Club, yang turut menyumbangkan wang tunai dalam pengumpulan dana untuk filem ini. Semasa sidang akhbar ini juga, Labuan Overseas Holding Berhad memberi RM 2 juta sebagai modal permulaan tambahan. Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad, En Burhanudin bin Mohd Yusoff berkata, “Kami berjaya menjana dana untuk projek-projek dalam dan luar negara, tetapi ini merupakan projek yang amat menarik. Kami menyokong projek ini, bukan sahaja kerana ia akan memecah rekod, tetapi kerana tarikan nilai tambahan kepada para pelabur yang berpotensi. Ianya menjadi kebiasaan untuk filem yang luar biasa seperti ini menarik perhatian ramai, terutamanya pelabur-pelabur yang bernilai tinggi. Kami teruja dengan pelancaran filem ini, dan kami menantikan untuk membangunkan perniagaan yang berpotensi besar untuk peluang pelaburan
dalam industri permotoran, secara langsung dan tidak langsung, menuju untuk pemulihan ekonomi Malaysia”.

Di dalam Produksi ini yang melibatkan perlumbaan kenderaan bermotor, kami mendapatkan khidmat En. Joe Lim Hun Beng, yang berpengalaman dari aspek Kejuruteraan dan teknikal. Beliau lebih dikenali sebagai Joe Lim, yang memperkenalkan sukan permotoran ke China, kini merupakan pasaran yang terbesar untuk kenderaan bermotor. Malah, perikatan persaudaraan sukan permotoran China juga mengelar beliau sebagai “Bapa Sukan Permotoran” untuk litar perlumbaan motor yang pertama di China. Joe Lim berkata, “Di China, saya mendapati bahawa apa yang kita lakukan di dalam litar menjadi pemangkin kepada pasaran dan memberi persepi terhadap kereta. Dengan memperkenalan siri FIA yang asas dan ketahap yang lebih tinggi seperti Formula Grand Prix di Shanghai, kejayaan sukan permotoran sebagai model perniagaan menjadi jelas. Dan dari itu, saya melihat potensinya dari permulaan industri ke arah menerajui pembangunan kereta bagi pasaran China.

Dengan ini, filem ini menjadi pemangkin bagi menaikkan minat terhadap pembangunan industri permotoran didalam pelbagai bidang. Joe Lim mengongsikan idea untuk membangunkan 3 sektor utama yang mana beliau akan memberi Khidmat nasihat untuk jenama baru yang dinamakan “Enhance”. Ia termasuk :
1. Enhance Zone di Revo City. Disini pengubahsuaian dan penukaran kenderaan bermotor dilakukan. Ia akan berada di One City Mall, berhampiran Subang Jaya
2. Enhance Station, Stesen pengecasan kenderaan EV moden yang turut menyediakan produk gas dan petroleum. Yang pertama akan dibangunkan di Cyberjaya, selaras dengan statusnya sebagai hub teknologi bagi menunjukkan sokongan kepada masa depan industri EV di Malaysia.
3. Enhance Automotive City, yang bakal mempunyai litar perlumbaan dan drag, dan juga Enhanced Zone untuk pengubahsuaian kenderaan bermotor. Fasiliti hotel dan resort akan turut dibangunkan. Ini bakal dibangunkan di Gurun, Kedah. Pengambaran beberapa babak di dalam filem ini bakal dilakukan sekitar bandar bertemakan kenderaan bermotor ini seluas 3000 ekar dengan kerjasama badan pelaburan kerajaan Negeri Kedah, Invest Kedah Berhad. Bandar ini bakal menonjolkan hotel berjenama kereta antarabangsa terkenal, sebuah litar perlumbaan Formula 3 / GT / EV (Formula E) dan litar perlumbaan drag, servis penambahbaikkan dan modifikasi, akademi memandu speed-safety yang diakreditasi, dan sebuah Kolej Kejuruteraan Automatif.

Dicadangkan untuk dibangunkan di Gurun, Kedah, bandar yang bertemakan automatif ini bakal menjadi hub pelancongan untuk penggemar dan penggiat “supercar” untuk menambahbaik kenderaan mereka sambil mengagumi “supercar” yang lain. Selain menjadi hub pelancongan, ia juga berpotensi untuk menjadi lokasi perfileman bagi penggiat filem penuh aksi antarbangsa.Bandar bertema ini juga bakal menjadi lokasi perfileman rasmi untuk siri TV antarabangsa dan filem tayangan yang berkait dengan francais “The Catcher”. Tambahan lagi, lokasi strategik bandar bertema ini juga berpotensi sebagai pusat pengedaran dan perdagangan make-bulk & break-bulk kenderaan bermotor antarabangsa yang efisien. Aplikasi untuk status zon perdagangan bebas seperti Iskandar Regional Development Area (IRDA) di Johor
juga akan dikemukakan untuk mengembangkan Hub Pembangunan Ekonomi Utara-Barat yang berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan aktiviti pelabuhan untuk negeri-negeri Utara Malaysia.Skrip untuk filem ini akan dimuktamadkan dan pencarian bakat bakal menyusul. Produksi untuk‘The Catcher’ bakal bermula pada tahun 2022 dengan jangkaan siap pada tahun 2023 sebagai filem
yang mempunyai bajet yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *