Saturday , October 1 2022

Finalis “PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 2022”

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 25 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2022.

Sebanyak 25 terpilih daripada 200 penyertaan uji bakat yang dibuka secara online sejak Mac 2022 lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan pembawakan yang ditonjolkan di hadapan para juri.

Berada di barisan juri adalah Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA) dan Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam).

Dari kiri Nur Izzatul Aqma, Yaserah Gohar, Sabrina Nizam, Nurul Yasmin, Siti Aisyah, Nur Shalia, Nur Diana Sri Tunteja, Aqila Afindi, Puteri Ermisha, Nur Athiyah Hazirah

Persembahan separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 diacarakan Fahrin Ahmad dengan persembahan selingan nyanyian dan juga tarian.

Bakal diacarakan oleh Fahrin Ahmad, acara kemuncak bakal berlangsung pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) jam 2 Petang. Finalis terpilis ialah Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20),Nur Shalia (26), Aqila Afindi (21), Yaserah Gohar (25),Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26).

Sepanjang seminggu kesemua finalis akan berkampung di Plaza Shah Alam dengan beberapa aktiviti woksyop seperti Etika, Imej, Grooming, Solekan, Fitness, Memasak dan aktiviti bersama kesemua penaja.

Setiap aktiviti ini akan diambil markah komitmen dan beberapa cabaran akan diadakan yang turut akan diambil kira selain pemarkahan para juri di pentas akhir nanti.

Bakal diadili oleh juri professional seperti Vanidah Imran (Aktres), Mas Idayu (Selebriti), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA) dan Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam).

Penganjur: Plaza Shah Alam (Dimiliki oleh Evergreenvenues Sdn Bhd)

Koordinator: YannRift

Penaja utama: Habib & Ice-Watch

Penaja bersama: Anytime Fitness Plaza Shah Alam, Anas Abdullah, Twenty Skin Care, Shes, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding,Mumtaz Perfume, Breylee, Lanbena, Schatz, CaryaCometic, Ani Katering Wedding Planner dan Mc Vogue Plaza Shah Alam.

Check Also

Peminat fesyen dalam talian Malaysia menyambut endemik dalam gaya berinspirasikan Boho

Peningkatan sebanyak 21 peratus direkodkan untuk pakaian berinspirasikan Boho hingga Jun tahun ini, dengan trend …

Leave a Reply

Your email address will not be published.