Flashmob Ella Catat Malaysia Book of Records

Pada acara ‘gimmick flashmob’ yang turut melibatkan seramai 110 pemuzik terdiri daripada para penuntut jurusan muzik dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu, Ella menyanyikan lagu Permata Permotong Permata.Tambah istimewa, acara selama enam minit itu juga berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan dengan jumlah pemuzik teramai.

Sementara itu bercerita lanjut mengenai konsert, Ella bagaimanapun mengakui beliau berasa gementar kerana pada konsertnya nanti, beliau akan beraksi bersama pemuzik jemputan teman lama ketika sama- sama sebagai band Ella & The Boys iaitu Lord.Selain turut ditampilkan Fly (pemain bass), Ridz (pemain gitar), Roza Rio (pemain keyboard), Ainol (pemain drum) serta gitaris terkenal tanah air, Man Kidal yang juga bertindak sebagai pengarah muzik konsert tersebut.

IMG_9381 copy

Tidak hanya itu, kumpulan Bunkface akan tampil untuk persembahan pembukaan. Disamping lagenda Rock tanah air, Amy Search dan Korie turut membuat persembahan.”Saya teruja kerana barisan line-up yang akan mengiringi saya semuanya hebat dan saya memang sentiasa menantikan peluang mahu membuat persembahan bersama mereka.

“Tetapi dalam sama saya sebenarnya gementar kerana sudah terlalu lama saya tidak beraksi bersama abang Man dan abang Lord. Kali terakhir saya membuat persembahan bersama abang Lord sewaktu bersama band dulu sekitar tahun 1989. Tapi saya percaya kami mampu mendapatkan keserasian seperti mana satu ketika dulu malah kami akan berikan yang terbaik untuk peminat,” tuturnya.

Dianjurkan oleh Atlas One Events, Konsert Ella 2016 merupakan konsert terbesar Ella setelah hampir 15 tahun tanpa konsert berskala besar.

*Kredit Photo – Rentak Sejuta

Check Also

COËX TERUS DIHANTUI “PAKU DURJANA”

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *