Aisyah Dhia Rana Dilantik Sebagai Duta Produk Mini Me

Aisyah Dhia Rana Dilantik Sebagai Duta Produk Mini Me | Rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me hari ini melancarkan produk keluaran syarikat mereka sekali gus memperkenalkan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me.Mini Me diasaskan oleh Illi Nadiah Ibrahim dan Hasliza Idris Shaari sebagai Pengarah Urusan manakala Hatta Malik sebagai pengurusnya.

Menurut Illi Nadiah Ibrahim, produk ini merupakan antara rangkaian produk bayi dan kanak-kanak berasaskan ekstrak minyak pati bunga chamomile dan geranium, minyak kelapa dara dan aloe vera yang selamat ddigunakan.“Berbeza daripada kebanyakan produk, Mini Me dijamin bebas  bahan kimia yang tidak selamat digunakan oleh si manja anda seperti paraben, sls, fomaldehayde dan phthalates.

IMG_2753

“Kesemua produk keluaran Mini Me mempunyai keunikan tersendiri, selain bebas daripada bahan kimia merbahaya, ia sesuai digunakan oleh seisi keluarga dan amat berkesan merawat kulit bayi yang sensitif,” katanya.Dalam pada itu, pemilihan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me dilihat dapat menjadi daya penarik buat ibu-ibu yang amat mementingkan penjagaan anak-anak yang berkualiti, selamat dan terbaik.

IMG_2658

“Faktor  utama pemilihannya adalah kerana populariti yang ada pada Aaisyah. Bukan sekadar popular, Aaisyah turut mewarisi kecantikan ibu bapanya selain kini sibuk menjadi model cilik,“Oleh itu, kami percaya bahawa pemilihan produk amat penting bagi Aisyah demi memastikan kesihatan dan kecantikan kulitnya terus berkekalan,” kata Hasliza pula.

IMG_2532

Untuk pengetahuan, produk Mini Me merangkumi :

  1. Sugar Baby Top To Toe Wash (200ml)
  2. Awesome Lotion (150ml)
  3. Super Safe Mozzy Cream (60ml)
  4. Bestie Balm (30g)

Kesemua produk ini boleh didapati terus melalui website www.gominime.com ataupun di outlet SBU Shah Alam, Bebetotz dan Pastel Fleur TTDI Kuala Lumpur dan berharga RM45 (setiap satu) sahaja!

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *