Bersatu terus memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat selari dengan prinsip perjuangan

Hari ini pejabat BERSATU Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, YB Tan SRI Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ketika Majllis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Negeri Selangor.

YB Tan Sri juga turut meluangkan masa meraikan anak-anak istimewa daripada HAB Pendidikan Khas Ampang yang telah diasaskan oleh Ketua Cawangan BERSATU Pinggirkan Ukay, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

BERSATU sentiasa komited dan konsisten dalam memperjuangkan isu kebajikan rakyat khususnya masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat selain mengutamakan proses memulihkan ekonomi negara bagi mendepani cabaran hidup yang kian mencabar.

Selain itu, BERSATU Negeri Selangor terus prihatin terhadap golongan anak-anak istimewa dengan menfokuskan kepada Hab Pendidikan Khas bagi membentuk satu sistem sokongan komuniti agar anak-anak istimewa ini tidak terpinggir dan didiskriminasi dalam kalangan masyarakat.

Hab Pendidikan Khas ini telah dijalankan secara percuma setiap minggu bermula di Ampang dengan menyediakan Ahli Terapi Profesional bagi mengenal pasti tahap penyakit yang dihidapi oleh anak-anak istimewa selain memberikan rangsangan serta khidmat nasihat kepada ibu bapa agar mereka tidak rasa bersendirian dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.

BERSATU Negeri Selangor melalui Hab Pendidikan Khas akan terus merangka program-program susulan serta menyusun aktiviti-aktiviti dari masa ke masa bagi memperkukuhkan lagi sistem sokongan komuniti masyarakat terhadap anak-anak istimewa serta ibu bapa mereka.

Saya berharap masyarakat akan bersama kami bagi menjayakan sistem sokongan komuniti ini. BERSATU akan terus berbakti kepada masyarakat untuk bersama menaikkan ekonomi rakyat serta memulihkan ekonomi negara seiring perubahan positif fasa pandemik kepada fasa endemik covid-19.

 

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *