Coca-Cola zero rasanya setanding Coke, walaupun tanpa gula dan kalori

CokeZero_Final

Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan Coca-Cola zero, yang mempunyai rasa unik Coca-Cola tetapi dengan ciri istimewanya iaitu tanpa gula dan kalori.

Malaysia kini merupakan negara yang ke-150 daripada seluruh dunia yang menawarkan Coca-Cola zero, satu-satunya inovasi paling maju dalam tempoh 25 tahun dari The Coca-Cola Company. Jenama Coca-Cola zero kini bernilai AS$7 bilion.

“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren.

Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tanpa gula.

Coca-Cola zero amat laris di persada dunia dan saya yakin rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang inginkan pilihan tanpa gula namun dapat menikmati rasa yang sama dengan Coca-Cola asli, akan menyukainya,” tambah beliau.

Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.

McLaren juga berkata bahawa pelancaran Coca-Cola zero ini adalah sebahagian penting dalam komitmen The Coca-Cola Company untuk menawarkan lebih pilihan di Malaysia, selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan kepada industri minuman untuk membekalkan lebih banyak pilihan minuman di pasaran tempatan.

Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal. 

“Kini dengan adanya Coca-Cola zero di Malaysia, kami dapat melengkapkan lagi portfolio tawaran kepada pengguna tempatan. Kami juga berharap ianya akan dapat memberi peningkatan yang positif dalam jualan kategori produk ini di Malaysia,” kata beliau.

 

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *