Fenomena Mega Bazaar Terbesar Makin Hampir

MEGA BAZAAR CELEB HIGHLIGHTS 2 EDITED FOR LAYOUT 50 WITH MEDIA

Tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal.

Bayangkan betapa meriahkan bazaar  anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang ini?Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang ‘bershopping’.

Malah kesemua selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka.

Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan.  Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

“Kami akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang ekslusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi.”Hanya tinggal 50 ruang niaga yang kosong dan ramai-ramai hadir untuk memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini nanti,” katanya.

Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar. Jumpa anda di sana!

Check Also

Thule Concept Store di Mid Valley Megamall mempamerkan rangkaian produk premium untuk gaya hidup aktif.

THULE CONCEPT STORE RASMI DIBUKA DI MID VALLEY MEGAMALL

Jenama premium dari Sweden, Thule, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan Thule Concept Store …

Amazing Thailand Fest 2026 di Central i-City Shah Alam

AMAZING THAILAND FEST 2026 BAWA PESONA BUDAYA THAILAND KE CENTRAL I-CITY

Amazing Thailand Fest 2026 membuka tirai di Central i-City dengan membawa pengalaman budaya Thailand yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *