FESTIVAL MALF 2025 MENGGEGARKAN SEPANG: PERPADUAN KELAJUAN, BUDAYA & KOMUNITI

KUALA LUMPUR, 26 MEI 2025 – Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal kembali dengan lebih gah, menyatukan elemen kelajuan, budaya dan komuniti dalam satu sambutan penuh warna-warni di Litar Antarabangsa Sepang pada 13,14 dan 15 Jun ini.

Berbeza daripada ekspo automotif biasa, MALF 2025 ialah sebuah festival tempatan berkonsepkan “1Malaysia” yang meraikan kepelbagaian budaya negara menerusi persembahan warisan tradisional daripada pelbagai kaum, termasuk tarian etnik pribumi dari Borneo dan persembahan seni dari seluruh negeri.

Lebih daripada 800 buah kenderaan akan dipamerkan termasuk perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia, demonstrasi drift, pameran kereta retro, serta peluang istimewa merasai pengalaman belakang tabir menerusi akses eksklusif ke kawasan pit dan sesi demo bersama pemandu legenda.

KEMASUKAN ADALAH PERCUMA! MALF 2025 dibuka kepada semua tanpa bayaran masuk, menjadikan ia sebagai destinasi hujung minggu ideal untuk seisi keluarga – lebih-lebih lagi bersempena sambutan Hari Bapa!

BUKAN SEKADAR LITAR – TAPI SATU GAYA HIDUP

Festival ini turut menampilkan bazar makanan pelbagai citarasa, zon kanak-kanak, ruang santai eksklusif untuk wanita dengan perkhidmatan spa ringan, penjagaan kuku dan banyak lagi. Ruang niaga juga menonjolkan produk tempatan, koleksi fesyen terkini serta deretan vendor makanan dan minuman terbaik negara.

“MALF 2025 mencerminkan wajah sebenar Malaysia – dinamik, berbilang kaum dan terus melangkah ke hadapan. Ia adalah platform untuk semua rakyat Malaysia berkumpul dan meraikan keunikan kita,” ujar Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works, merangkap Penganjur Utama MALF 2025.

PENGARUH SERANTAU KIAN MENGUKUH

Tahun ini menyaksikan penyertaan aktif dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, menjadikan MALF antara festival gaya hidup otomotif paling berprestij dan meriah di rantau ini.

HIDUPKAN ENJIN, GERAKKAN SEMANGAT

Layari laman web rasmi di www.malf.my dan ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk maklumat terkini serta promosi eksklusif. Tiket khas dan akses acara boleh didapati di laman tersebut.

Check Also

Nasha Aziz menjadi juri Ikon Aspirasi Pahang yang menawarkan hadiah RM10,000.

IKON ASPIRASI PAHANG TAWAR RM10,000, NASHA AZIZ SERTAI PANEL JURI

KUANTAN, PAHANG – Peluang mencipta nama dalam industri kreatif kini terbuka menerusi Ikon Aspirasi Pahang, …

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …