Jualan Raya di GEMFIVE & Pulang dengan Bergaya

Destinasi membeli-belah atas talian Malaysia, GEMFIVE.com meraikan ketibaan Raya bulan ini menerusi “Jualan Raya di GEMFIVE”! Bermula awal bulan ini sehingga Ogos 2015, nikmati penjimatan hebat di seluruh gudang GEMFIVE, dan pulang beraya dengan penuh bergaya! Seleksi fesyen terbaik, kelengkapan rumah, gajet kontemporari sehinggalah ke aksesori harian pastinya menambat hati di pagi Syawal nanti.

COMODDITY Gold Embroidered Chest Slim-Fit Shirt
COMODDITY Gold Embroidered Chest Slim-Fit Shirt

Menjelang lebaran ini, intai seleksi pilihan pakaian Muslim & Muslimah yang sesuai digayakan ke sebarang acara. Pasti indah beraya di desa dalam busana menawan Azzara Cottons, CurvyAyu, K. Alif dan banyak lagi (http://www.gemfive.com.my/celebrate-raya-in-style/)! Untuk yang gemarkan kelainan dan mahu tampil berani, gayakan rekaan batik terbaharu Fern x Ruzz Gahara, rona etnik Frankitas atau miliki kasut kanvas Cheeks dengan lakaran motif trendy. Juga buat sang pria, tampil segak dan selesa sepanjang hari dalam kemeja DA+PP, Comoddity dan aksesori terbaik dengan sentuhan klasik hanya di GEMFIVE.

Disney Mickey High Back Booster Seat
Disney Mickey High Back Booster Seat

Buat yang merancang perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga, dapatkan tips kembara bersama anak kecil dan barangan wajib dimiliki demi keselesaan si comel di bahagian Ibu & Anak. Potongan harga sehingga 50% untuk kerusi kereta bayi jenama Disney dan jimat dengan seleksi kereta sorong jenama Hello Kitty, Mamas & Papas serta Peg Perego (http://www.gemfive.com.my/mum-kids-travel-baby-gear). Manakala buat si penggemar gajet, miliki produk telefon pintar Apple dengan harga paling rendah (terhad kepada 1 unit untuk mana-mana model bagi setiap pembeli, (http://www.gemfive.com.my/electronics-apple-raya-super-sale) sempena promosi Aidilfitri bulan ini di GEMFIVE.

Maxwell & Williams Kilburn Collection
Maxwell & Williams Kilburn Collection

Jualan murah lebih 1000 produk pilihan terbaik kini boleh didapati menerusi promosi GEMDeals (http://www.gemfive.com.my/gemdeals-alldeals). Nikmati potongan harga sehingga 70% bulan ini dan lengkapkan penampilan mahupun persiapan kediaman dalam gaya kontemporari dengan kos terendah. Syawal pasti indah bersama GEMFIVE, pelbagai barangan keperluan Aidilfitri kini di hujung jari tanpa perlu bersusah-payah menghadapi kesesakan lalu-lintas dan orang ramai.

Elba Air Fryer 2.20L EAF-D2215 Black
Elba Air Fryer 2.20L EAF-D2215 Black

GEMFIVE turut memperkenalkan gudang Melium Outlet (www.gemfive.com.my/melium-outlet), hentian beli-belah mewah dengan diskaun sehingga 50% untuk jenama pereka terkenal seperti Aigner, Cocorose London, Cole Haan, Hackett London dan banyak lagi. Pemegang kad Kredit & Debit Mach by Hong Leong layak mendapatkan diskaun tambahan 10% untuk setiap pembelian atas talian di Melium Outlet, GEMFIVE. Manakala pelanggan kad Kredit & Debit Hong Leong boleh menikmati penjimatan RM30 (Kod GEMCash: GEM5HLB) dengan pembelian minima sebanyak RM100 di seluruh gudang sehingga 31 Julai 2015.

rankitas Uzbek Silk Ikat Oversized Clutch
rankitas Uzbek Silk Ikat Oversized Clutch

Selami gaya hidup terkini, beli-belah secara atas talian di portal kelahiran tempatan, www.gemfive.com hari ini!

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *