KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia bersama-sama portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) dan kelab Bolasepak Pantai Timur FC hari ini menganjurkan Program Bersama Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

Program khidmat masyarakat yang julung kali menggabungkan penganjur berbilang industri ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin berjaya menarik hampir 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur.

Pelbagai bantuan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan, khidmat gunting rambut percuma, pengagihan makanan tengahari dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai (free market) serta kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain lagi. Program Bersama Gelandangan ini turut disertai kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.

“Program ini akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Kelab Rakan Malaysia mahu mengungguli dalam tawaran bantuan terhadap mereka yang memerlukan selaras dengan misi pertubuhan ini diwujudkan,” menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia.

“Roopawan tampil sebagai hub untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim, justeru pembabitan dalam khidmat sosial masyarakat ini dilihat sebagai cara terbaik dalam menabur bakti balas buat masyarakat,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor. Pertanyaan Media: – Roopawan Marketing Sdn Bhd, Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur

“Pantai Timur FC tampil menganjurkan program sebegini sebagai salah satu cabang kebajikan buat ahli kami di seluruh negara terutamanya yang menetap di Kuala Lumpur. Ini salah satu cara kami dalam membalas jasa negara, selain mendekatkan ahli kami dengan masyarakat,” ujar Mohamad Fadli Ishak, Presiden Pantai Timur FC.

Program yang akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan. Golongan masyarakat yang mampu boleh menghulur sumbangan peribadi ke Kelab Rakan Malaysia dengan menghubungi Cik Ezette, Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel ezette.kram@gmail.com

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *