MYMALL MALAYSIA MELANCARKAN JUALAN AKHIR TAHUN DENGAN TAWARAN ISTIMEWA

MyMall Malaysia, sebuah platform e-dagang di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengumumkan pelancaran Jualan Akhir Tahun yang akan berlangsung dari 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025.

Program jualan ini menawarkan pelbagai insentif menarik kepada pengguna, termasuk baucar bernilai RM5 untuk pengguna baharu yang mendaftar di platform MyMall. Di samping itu, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM100 layak menerima baucar diskaun RM20.

Para pengguna boleh menggunakan kod promo “MYMALL5” untuk pembelian pertama dan “YES24” untuk pembelian melebihi RM100. Semua tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

“Kempen jualan ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba pengalaman membeli-belah dalam talian melalui platform MyMall Malaysia. Kami menyediakan pelbagai barangan dan tawaran menarik yang boleh didapati dengan hanya mengimbas kod QR yang disediakan,” kata wakil MyMall Malaysia.

Platform MyMall Malaysia boleh diakses melalui laman web www.mymallmalaysia.my dan pengguna boleh mengikuti perkembangan terkini melalui akaun media sosial rasmi platform ini di Instagram (@mymallmalaysia), Facebook (MyMall Malaysia), Twitter (MMyMallMalaysia) dan TikTok (mymallmalaysiaofficial).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi digital dan membantu usahawan tempatan meluaskan pasaran mereka melalui platform e-dagang yang selamat dan dipercayai.

Check Also

Koleksi barang kemas HABIB bertemakan warisan budaya Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

HABIB MERIAHKAN MERDEKA DENGAN KOLEKSI WARISAN MALAYSIA

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tampil lebih bermakna apabila HABIB memperkenalkan Kempen Merdeka HABIB, sebuah …

C.Rino Halo dan C.Rino Aurelia, koleksi cermin mata hitam baharu daripada Carlo Rino.

C.RINO TAMPILKAN KOLEKSI CERMIN MATA HITAM GAYA HARIAN

Jenama fesyen terkenal Carlo Rino menerusi label C.Rino memperkenalkan dua rekaan terbaharu iaitu C.Rino Halo …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *