Nur Fazura Lancarkan Supplemen Sendiri ‘Fazfit’

IMG_3438Selepas mencatat deretan kejayaan dalam laluan seninya, aktres dan jelitawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura menambah satu lagi cabang profil kariernya apabila menawarkan supplemen pelangsingan badan dengan jenama Fazfit, menerusi syarikat miliknya Doll Domination Sdn. Bhd.

Tiada yang lebih membanggakan buat teraju utama filem, Manisnya Cinta Di Cappadocia itu apabila dapat berkongsi rahsia mengekalkan kelangsingan bentuk badannya bersama para peminat setia dan orang ramai. Itu adalah antara keterujaan sebenar Fazura yang sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sangat mesra dan dekat di hati para pengikutnya.

Satu majlis pelancaran produk ini telah diadakan oleh Fazura selaku Pengarah Urusan Doll Domination Sdn. Bhd. yang diadakan di Bilik Bintang 1 & 2, Tingkat 3, Hotel J.W. Marriott, di sini hari ini.

Pengambilan FazFit selama 30 hari secara sihat akan membantu proses pembakaran kalori dan lemak dalam 10 hari pertama diikuti dengan pengawalan selera makan serta proses penurunan berat badan dalam 20 hari berikutnya. Tiga peringkat ini berserta amalan cara hidup sihat berpotensi mengembalikan bentuk tubuh langsing.

Gambar FazFit 1Formulasi FazFit ini turut memperoleh kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

FazFit menggabungkan variasi ramuan berkualiti yang telah digunakan secara tradisional dalam membantu mengurangkan berat badan dan membuang angin. Antara kandungan utama supplemen ini termasuklah herba-herba seperti Trigonella foenum-graecum, Acorus calamus, Alpinia galanga, dan Piper nigrum yang setiap satu mempunyai khasiat tersendiri.

Ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM119 untuk Semenanjung Malaysia, RM129 (Sabah dan Sarawak) dan $51 (Singapura dan Brunei) untuk satu botol supplemen Fazfit yang mengandungi 30 biji kapsul itu boleh didapati daripada stokis yang dilantik bermula 2 Februari 2015.

IMG_3434

Majlis pelancaran yang dihoskan oleh Fiza Sabjahan ini turut diserikan dengan gimik pelancaran oleh Fazura dan persembahan nyanyian oleh Nadia Aqilah.

Fazura baru sahaja berjaya menamatkan program realiti TV, Facing Up To Fazura yang disiarkan di E! Channel Asia baru-baru ini dimana kisah hidupnya dikongsi bersama para peminat serantau. Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini bakal muncul dengan filem terbarunya, Langit Cinta yang dijadualkan tayangannya tidak lama lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai FazFit, boleh terus menghubungi Encik Rozam Abdul Rahman di 019-2538057 atau melayari lawan sesawang www.dolldomination.com.my.

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *