“Pelihara Dara Sehingga Ke Jinjang Perkahwinan” – Dato Seri Rohani Karim

RK9SHAH ALAM, 5 Februari: “Bagi anak-anak remaja perempuan, saya sebagai seorang ibu ingin berpesan, sayangilah diri anda sendiri serta peliharalah dara anda hingga ke jinjang perkahwinan.

“ Saya percaya semua agama pun mendidik anak gadis tentang perkara yang sama,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam ucapan pelancaran kempen ‘Save Your Dara’, di Karnival Karangkraf.

Beliau turut berkata, masalah melibatkan kesucian diri masih lagi menular dalam masyarajat hingga berlakunya kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan masalah hubungan seks bebas.

“Ini semua berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesucian diri masing-masing.
Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa kesalahan berlakunya gejala sosial ini tidak hanya terletak pada bahu remaja perempuan.

“Saya juga turut ingin mengingatkan bahawa apabila berlaku kehamilan luar nikah berlaku janganlah hanya disalahkan wanita, remaja lelaki turut perlu dipertanggungjawabkan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Kedua-duanya perlu ada rasa tanggungjawab terhadap tubuh badan sendiri jangan sewenang-wenangnya dijaja dan dipermainkan,” katanya.

Tambah beliau, kempen kesedaran yang mensasarkan golongan remaja muslimah ini amat penting agar gejala sosial dapat ditangani pada peringkat awal.

Check Also

Nasha Aziz menjadi juri Ikon Aspirasi Pahang yang menawarkan hadiah RM10,000.

IKON ASPIRASI PAHANG TAWAR RM10,000, NASHA AZIZ SERTAI PANEL JURI

KUANTAN, PAHANG – Peluang mencipta nama dalam industri kreatif kini terbuka menerusi Ikon Aspirasi Pahang, …

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …