KEJOHANAN PPA TOUR ASIA PANAS MALAYSIA CUP 2025 GELOMBANG BAHARU SUKAN PICKLEBALL

KUALA LUMPUR, 24 September 2025 – Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia sukan apabila PPA Tour Asia: Panas Malaysia Cup 2025 diumumkan secara rasmi melalui sidang media di TopGlove Tower Auditorium dan 9Pickle Setia Alam Championship Court . Kejohanan sulung ini akan berlangsung dari 24 hingga 28 September 2025, menampilkan pemain pickleball profesional terbaik dunia dengan jumlah hadiah lebih USD150,000 – rekod terbesar di Asia setakat ini.

Pemain PPA Tour Asia Panas Malaysia Cup 2025 beraksi di Setia Alam

PEMAIN DUNIA TURUN KE MALAYSIA

Antara bintang pickleball yang hadir ialah Ben Johns, Tyson McGuffin, Anna Bright, Zoey Wang Chao Yi, Zane Navratil dan ramai lagi . Ini kali pertama Malaysia menjadi gelanggang buat nama-nama besar tersebut.

Pemain PPA Tour Asia Panas Malaysia Cup 2025 beraksi di Setia Alam

Selain sidang media, acara turut diserikan dengan cenderahati budaya daripada Bulan Bintang, sesi Fun with the Pros, serta peluang Q&A bersama pemain. Kehadiran ini bukan sekadar pertandingan, tetapi simbol perkembangan pesat pickleball di rantau Asia.


PENGALAMAN UNIK BUAT PEMINAT

Penganjur menjanjikan pengalaman menyeluruh kepada penonton melalui Festival Fanzone yang menampilkan makanan, hiburan, dan gerai gaya hidup.

Pemain PPA Tour Asia Panas Malaysia Cup 2025 beraksi di Setia Alam

Turut tersedia ialah:

  • Merchandise edisi terhad
  • Interactive sponsor booths
  • Meet & Greet bersama pemain profesional
  • Pro Player & VIP Lounge oleh Millennium Motor

Menurut Vincent Siow, Pengasas Jawatankuasa Penganjur Tempatan, acara ini “menjadi sejarah baru untuk pickleball di Asia, dengan Malaysia sebagai hos pertama.” Sementara itu, Kimberly Koh, Pengarah Urusan UPA Asia, menegaskan kejohanan ini juga bertujuan memberi inspirasi kepada komuniti belia.


MAKLUMAT KEJOHANAN

📅 Tarikh: 24 – 28 September 2025

📍 Lokasi: 9Pickle Setia Alam & Setia City Convention Centre

🔗 Maklumat lanjut di laman rasmi

Check Also

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise 2026

ISLAMICRUISE UMRAH EKSKLUSIF 2026 DI AROYA CRUISE

Kuala Lumpur, 22 September 2025 – IslamiCruise® telah mengumumkan pelancaran Family & Friends Package 2026 …

Pelancaran Muaz Exclusive di Kuala Lumpur bersama Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai duta rasmi

MUAZ EXCLUSIVE DILANCARKAN, AARON AZIZ & SITI SALEHA DUTA RASMI

Kuala Lumpur, 19 September 2025 – Muaz Emporium, jenama fesyen tempatan sejak 1993, melancarkan jenama …

Leave a Reply