PUMA IGNITE Sedia ‘NYALAKAN’ MALAYSIA

Image 1Selesa, tahan lama dan pulangan tenaga tinggi adalah tiga kunci utama PUMA IGNITE!

Selepas pelancaran global di New York pada 12 Februari 2015, PUMA Ignite kini boleh didapati di semua rangkaian pengedar dan kedai barangan PUMA di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Kasut larian istimewa yang menampilkan teknologi ‘foam’ inovatif yang menjadikannya kasut larian paling responsif, PUMA Ignite adalah hasil program penyelidikan dan pembangunan selama sembilan tahun.

PUMA Ignite dilancarkan hari ini oleh Tim Tham, Penolong Pengurus Pemasaran PUMA Malaysia di 1 Utama Shopping Centre dengan disaksikan oleh “SAHABAT” PUMA.

PUMA IGNITE adalah contoh terbaik yang menepati tagline terbaru ForeverFaster PUMA. Menjanakan setiap langkah adalah ‘foam’ IGNITE, ‘foam’ semulajadi yang membekalkan kelembutan, lantunan yang optimal dan keselesaan. Ditempatkan secara strategik di tumit kasut adalah ForEverFoam — sebatian yang banyak digunakan dalam industri automotif.

‘Foam’ yang terdapat di dalam kasut inilah yang membezakan IGNITE dan menjadikannya kasut larian lain dari yang lain. ‘Foam’ ini jugalah yang memberikan kasut ketahanan maksimum. Material ini yang memberikan daya tahan lama adalah cukup istimewa dan ianya sesuatu yang sama sekali baru di pasaran.

Matlamat terbaru PUMA adalah untuk memperkasakan platform larian menerusi kelebihan yang ada pada Ignite. Kasut tersebut adalah pilihan ideal untuk aktiviti larian harian.

“Visi kami adalah mewujudkan sebuah komuniti bersukan. Kami mempunyai kasut terbaik untuk membuatkan anda “MEMBARA” dan tidak akan berpaling lagi. Kami berhasrat mahu menjadi jenama sukan terunggul dan sekali lagi, saya yakin menerusi pelancaran PUMA Ignite, kami semakin hampir untuk mencapai misi tersebut,” ujar Tham.

Bersempena dengan pelancaran PUMA Ignite, PUMA akan turut melancarkan Cabaran 21 Hari untuk mengajak semua rakyat Malaysia menyertai mereka dan mewujudkan ‘sesuatu yang besar’ di platform media sosial.

Objektif kempen ini adalah menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk terlibat di dalam aktiviti larian dan memastikan momentum tersebut berterusan selama 21 hari berturut-turut, ambil gambar setiap sesi dan muat naik ke akaun sosial media anda sama ada Facebook, Twitter mahupun Instagram dan tebus hadiah anda.

100 peserta pertama yang menamatkan cabaran ini, akan memenangi baju-t larian PUMA Ignite edisi terhad.

PUMA Ignite dipakai oleh Usain Bolt, lelaki terpantas di dunia. Memetik kenyataan Bolt sewaktu pelancaran global di New York bulan lalu, dia berkata “IGNITE adalah kasut larian hebat, saya banyak menghabiskan masa berlatih menggunakan kasut ini, bersama-sama kasut PUMA Spikes dan ianya sangat membantu saya untuk mengekalkan tahap tenaga saya. Itu sebab saya sukakan IGNITE.”

PUMA ‘ IGNITE’ akan mula dijual di seluruh Malaysia, mulai hari ini. PUMA ‘IGNITE’ ini akan dijual pada harga RM429.

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *