Quantum Metal Jalin Kerjasama Dengan Semboyan Malaysia bagi menangani isu pelaburan emas

Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas. Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.

Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata. “Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu. “Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.

“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,” katanya. Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas. Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan. Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta. “Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas. “QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya. Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).

“Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya. “Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya. Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat. Pihak QM juga mengingatkan orang ramao supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer. Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat. Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *