RM83,000 Sumbangan Banjir Untuk Kakitangan JKMP Dan LPPKN

Rohani-Abdul-Karim3KUALA LUMPUR, 14 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim menghulurkan bantuan sebanyak RM 83,000 kepada 83 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (JKMP) dan Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Negara Pahang ( LPPKN) yang berhadapan dengan banjir baru-baru ini.

“ Saya amat bersyukur dan berterima-kasih kepada semua warga KPWKM yang telah memberikan komitmen yang jitu walaupun ada di antara mereka sendiri terlibat sebagai mangsa banjir.

“ Ia amat menyentuh hati saya kerana walaupun rumah dan keluarga mereka turut dilanda bencana, namun mereka masih mengutamakan tugas untuk memberi bantuan kepada mangsa yang lain di pusat pemindahan,” kata Rohani.

Beliau berkata penghargaan dan sumbangan ini juga sebagai tanda keprihatinan Kementerian terhadap pegawai dan kakitangan termasuk keluarga yang menjadi mangsa banjir dan berharap agar ianya mampu meringankan beban kewangan dan emosi yang ditanggung warga agensi di bawah KPWKM selain bantuan ehsan yang akan diberikan oleh Kerajaan.

Check Also

Nasha Aziz menjadi juri Ikon Aspirasi Pahang yang menawarkan hadiah RM10,000.

IKON ASPIRASI PAHANG TAWAR RM10,000, NASHA AZIZ SERTAI PANEL JURI

KUANTAN, PAHANG – Peluang mencipta nama dalam industri kreatif kini terbuka menerusi Ikon Aspirasi Pahang, …

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …