Social Media Festival 3-5 Januari 2014 Di WhiteBox Publika

tumblr_mxn4kdCWsu1s4ufsto1_1280

‘Fashion.Music.Creative Art’ adalah motto untuk Social Media Festival yang sedang berlangsung di WhiteBox Publika dari 3 hingga 5 Januari 2014. Ia pertama kali dianjurkan oleh Local Art my dengan SocialMedia The Movement.Ia berkolaborasi dengan Ukulele Malaya dan Big Productions.

IMG_7296

Hampir 47 vendor yang menyertai festival ini. Vendor-vendor ini terdiri dari Malaysia,Indonesia dan Korea serta terbahagi kepada 2 iaitu ‘Clothing’ dan ‘Fashion’.Diantaranya Sabotaj,RATED,Propa,Timor,Borgata,Tempatan,L’Agenda dan banyak lagi.

IMG_7315

Pelakon  Nelydia  Senrose dan pasangannya Qi Razali juga ada membuka booth dengan memperkenalkan jenama mereka sendiri iaitu DreamerbySenrose dan Reneg8.Ini merupakan festival pertama yang mereka berdua sertai. Menurut Nelydia, beliau baru sahaja memulakan perniagaan ini dalam masa 2 minggu lepas dan sambutannya memang mengalakkan.Setakat ini hanya ada satu design tetapi dalam perlbagai warna.Ia berkonsepkan ‘Glow In The Dark’.

IMG_7321

Bagi Qi pula, “Design untuk t-shirt ini memang sudah ada saya siapkan lama namun baru-baru ini terfikir untuk membuat t-shirt setelah kawan saya iaitu Faiz dan Mira keluarkan jenama Borgata pada awal September 2013 yang lepas. Selain itu,saya juga menjaga kualiti material untuk baju saya,”. Harga bagi jenama DreamerbySenrose adalah RM55 dan Reneg8 RM45. Anda semua boleh dapatkan ia di festival ini atau beli secara online dengan layari instagram @DreamerbySenrose dan @Reneg8  .

IMG_7288

Selain membeli-belah, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari local band seperti Happy Siblings, Sindikit Jongkong Emas, Juno and Hana, The Alif Band, Abstrak Hingga Ke Bulan dan banyak lagi.

[nggallery id=197]

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *