Tawaran GEMFIVE “30 Hari GEMS”

Destinasi membeli-belah atas talian terbaharu Malaysia, GEMFIVE.com meraikan ketibaan pra-Raya dengan Peraduan “30 Hari GEMS”. Bermula semalam sehingga 14hb Julai 2015, menangi sebuah telefon pintar setiap hari selama 30 hari di GEMFIVE.

Bagaimana untuk menyertai? Daftar akaun di GEMFIVE, lakukan transaksi pembelian dan anda layak untuk memenangi hadiah harian. Tiada perbelanjaan minima diperlukan. Hadiah harian termasuk Huawei Honor 4C, Samsung Galaxy S6, Xiaomi Redmi 2 dan Lenovo S60. Hadiah harian akan diumumkan menerusi laman mikro http://contest.gemfive.com.my/30daysofgems

Bersempena dengan ketibaan musim perayaan, terokai gaya fesyen Raya terkini, pelbagai alatan elektronik popular dan perkakasan rumah hanya di GEMFIVE. Kongsi kemeriahan Raya anda bersama yang tersayang dengan set hadiah Marks & Spencer serta Crabtree & Evelyn, bermula serendah RM100.

Tambah menarik, pengguna boleh menyemak penjimatan hebat untuk lebih 1000 produk sehingga kini menerusi GEMdeals di GEMFIVE (http://www.gemfive.com.my/gemdeals-alldeals). Nikmati tawaran istimewa jenama terkenal seperti Ice-Watch, Universal Traveller, Gramovox, L’Occitane, Roichen, Maxwell & Williams, Anakku dan banyak lagi. GEMFIVE memudahkan pengalaman membeli-belah anda dengan pelbagai penemuan istimewa dari serata dunia.

Layari www.gemfive.com untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan “30 Hari GEMS”. Selamat membeli-belah!

Check Also

Nasha Aziz menjadi juri Ikon Aspirasi Pahang yang menawarkan hadiah RM10,000.

IKON ASPIRASI PAHANG TAWAR RM10,000, NASHA AZIZ SERTAI PANEL JURI

KUANTAN, PAHANG – Peluang mencipta nama dalam industri kreatif kini terbuka menerusi Ikon Aspirasi Pahang, …

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …