Golden Awards 2012

Saksikan malam kemuncak Golden Awards 2012 yang akan bersiaran secara langsung pada hari Sabtu, 22 September ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta bersedialah menantikan kemunculan pelbagai persembahan dan penampilan istimewa daripada lebih seratus artis, selebriti, personaliti dan orang-orang kuat industri hiburan tempatan dan antarabangsa yang akan muncul untuk menanti detik ‘emas’ mereka.

Antara yang bakal memeriahkan lagi gemerlapan acara malam itu adalah barisan persembahan hebat serta penyampai anugerah oleh bintang-bintang terkenal. Selain artis tempatan seperti Michael Wong, artis antarabangsa dari Taiwan, Jiro Wang juga bakal membuat persembahan. Turut sama dari negara yang sama adalah pelakon Tony Yang. Bagi peminat drama Hong Kong, kehadiran pelakon dan pengarah terkenal, Gordon Lam yang bakal tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah pastinya dinanti-nantikan dan menambahkan lagi seri pada malam itu. Selain itu, penulis skrip Hong Kong, Susan Chan juga akan bersama pada cara anugerah gilang gemilang itu. Susan yang terkenal dengan karya berkualiti dan mempunyai pencapaiannya tersendiri juga merupakan salah seorang juri bagi Golden Awards 2012.

Sementara itu, acara karpet merah pula akan bermula seawal 6.30 petang di lokasi dan siaran langsung acara karpet merah itu pula akan bermula pada pukul 7.30 malam sehingga pukul 8 malam. Manakala acara anugerah itu pula akan berlangsung tepat jam 8.30 malam sejurus selepas edisi berita. Peminat bakal melihat artis-artis kesayangan mereka mengenakan pakaian indah dengan sentuhan glamor.

Bagi mereka yang ingin menontonnya secara dalam talian, layari laman sesawang rasmi di www.ntv7.com.my/goldenawards untuk menyaksikan sendiri keputusan yang dinanti-nantikan dalam acara penganugerahan itu.

Kategori Drama

Drama TV Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Baru Terbaik
Lagu Tema Drama Terbaik
Pengarah Terbaik – baru
Lakon-layar Asal Terbaik – baru

Kategori Bukan Drama
Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik
Pembaca Berita Terbaik
Rancangan Majalah Terbaik
Pengacara Rancangan Majalah Terbaik
Rancangan Perayaan Terbaik – baru

Pilihan Penonton
Pelakon Lelaki Paling Popular
Pelakon Wanita Paling Popular
Drama TV Paling Popular
Pengacara TV Paling Popular
Pembaca Berita TV Paling Popular – baru

 

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *