GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA

Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.

Catatkan semua butiran tentang penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia.

Fan-meeting yang digelar sebagai GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA, jangan ketinggalan untuk menyambut Onew pada 27 Julai 2024 kerana ia seperti ‘temu janji pertama’ dengan idola yang sudah lama di tunggu-tunggu.

Pertemuan bersejarah yang dibawa oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor.

“MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatan beliau selama 16 tahun dalam kerjayanya untuk menghadiri fanmeeting ini dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

“Kami berbangga memperkenalkan GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.

“Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA memenuhi jangkaan ‘temu janji pertama’ anda dengan sepenuh hati,” kata Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Onew sendiri meninggalkan mesej ringkas untuk semua peminatnyai: “Jumpa anda di GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda.”

Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Check Also

“ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “

Satu album kompilasi bertajuk “ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “ telah diterbitkan menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *