Saturday , February 4 2023

‘Hi Mommy Jihan!’ papar kehidupan harian Jihan Muse dan Ungku Hariz

‘Hi Mommy Jihan!’ merupakan sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz sepanjang tempoh kehamilan sulung Jihan sehingga selepas beliau bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini.

Diari Hamil Jihan Muse di Ruang Digital dan Kaca Televisyen ‘Hi Mommy Jihan!’ papar kehidupan harian Jihan Muse dan Ungku Hariz meniti detik kelahiran bayi sulung mereka

  • ‘Hi Mommy Jihan!’ yang berkonsepkan vlog ini dizahirkan sebanyak 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran. Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu.
  • • ‘Hi Mommy Jihan!’ akan disiarkan di YouTube MeleTOP (MeleTOP) terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
  • • Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.
  • Antara klip yang terkandung dalam ‘Hi Mommy Jihan!’ termasuklah:
  • (1) Lawatan Jihan dan suami ke klinik untuk rutin pemeriksaan kandungan;
  • (2) Fasa mengidam yang dilalui Jihan;
  • (3) Diet dan senaman yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilan;
  • (4) Aktiviti seni serta perubahan fizikal yang dialami Jihan semasa mengandung;
  • (5) Persiapan barangan bayi, sehinggalah ke detik Jihan melahirkan bayinya, menjalani pantang dan seterusnya di sekitar majlis cukur jambul cahaya mata sulung pasangan ini
  • • Beberapa kenalan selebriti rapat Jihan turut membuat penampilan istimewa dalam vlog ini seperti Rozita Che Wan, Nabil Ahmad dan Liza Hanim.
  • Pada setiap penghujung siaran, terdapat fakta menarik mengenai kehamilan yang boleh dijadikan panduan khususnya buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa.
  • Minuman khusus untuk perencanaan dan masa kehamilan, Anmum Materna merupakan penaja rasmi ‘Hi Mommy Jihan!’. Turut hadir selaku penaja rasmi adalah Thermos, pengeluar terkemuka produk pengguna yang bersifat vakum dan penebat haba.

Vlog ‘Hi Mommy Jihan!’ akan dimuatnaik di laman Youtube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember 2017, jam 9.00 malam.

Manakala, bagi siaran di kaca televisyen, ‘Hi Mommy Jihan!’ boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa mulai 11 Disember 2017 jam 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123). Vlog istimewa ini turut boleh dinikmati melalui platform digital; Astro GO dan eBu.

Check Also

Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *