Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki

Utusan Online melaporkan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepah pada pukul 10.19 pagi ini.

Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.

“Alhamdulillah, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat walaupun terpaksa melalui kaedah pembedahan, bukan kelahiran secara normal.

“Kali pertama melihat bayi saya, perasaan bercampur-baur iaitu antara gembira dan terharu kerana beginilah rupanya perasaan seorang lelaki yang menanti untuk bergelar ayah.

“Dengan kelahiran orang baharu dalam keluarga kami, ia semakin menambahkan semangat buat saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” ujarnya.

Shuib yang bergegas pulang dari Sabah berkata, dia akan berusaha untuk memperbaiki perjalanan karier seninya memandangkan tanggungjawab yang dipikulnya kini lebih berat.

Kata Shuib, Sarah kini sedang berehat di hospital sementara menunggu kebenaran doktor untuk pulang.

Check Also

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

PROGRAM RESET DIRI UBAH REZEKI 2025 PERKASA USAHAWAN DENGAN NLP & GROWTH MINDSET

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2025 – EcoTwin Step Sdn Bhd telah menganjurkan Program Reset Diri …

Hello Bam Bam Drama TikTok 2025

HELLO BAM BAM DRAMA TIKTOK ANGKAT ISU MENTAL DAN TRAUMA

Kuala Lumpur, 10 September 2025 – Hello Bam Bam hadir sebagai drama TikTok CSR yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *