Sarah Raisuddin lahirkan bayi lelaki

Utusan Online melaporkan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepah pada pukul 10.19 pagi ini.

Bayi lelaki seberat 3.32 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bersyukur dan gembira kerana dia kini bergelar seorang bapa.

“Alhamdulillah, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat walaupun terpaksa melalui kaedah pembedahan, bukan kelahiran secara normal.

“Kali pertama melihat bayi saya, perasaan bercampur-baur iaitu antara gembira dan terharu kerana beginilah rupanya perasaan seorang lelaki yang menanti untuk bergelar ayah.

“Dengan kelahiran orang baharu dalam keluarga kami, ia semakin menambahkan semangat buat saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” ujarnya.

Shuib yang bergegas pulang dari Sabah berkata, dia akan berusaha untuk memperbaiki perjalanan karier seninya memandangkan tanggungjawab yang dipikulnya kini lebih berat.

Kata Shuib, Sarah kini sedang berehat di hospital sementara menunggu kebenaran doktor untuk pulang.

Check Also

PTTI Straight A SPM 2025 MBOR Putrajaya

PTTI UKIR SEJARAH 534 PELAJAR STRAIGHT A SPM 2025, TIGA KALI DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI Group Sdn. Bhd. terus mengukuhkan reputasi sebagai peneraju pendidikan digital apabila berjaya melahirkan 534 …

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *