2 Rakyat Malaysia Terpilih Menjadi Krew Juara Olimpik McDONALD’S

Lebih daripada 2,000 krew dan pengurus restoran McDonald’s terbaik akan memberi layanan kepada atlit-atlit, jurulatih, ahli media dan penggemar sukan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik 2012 di London. Ahli krew McDonald’s dari seluruh dunia dipilih berdasarkan keistimewaan dan prestasi kerja masing-masing – tidak jauh bezanya dengan cara pemilihan atlit untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Juara Krew Olimpik McDonald’s dari Malaysia ialah Aruni Hamzah, 27, dari restoran McDonald’s Telok Chempedak, Kuantan, dan Zulhilmi Jamal, 22, dari restoran Plentong di Johor.Mereka telah dipilih berdasarkan gaya kepimpinan dan prestasi cemerlang termasuk keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Juga, mereka telah menunjukkan pengetahuan operasi restoran yang meluas dan kemahiran kerja yang luar biasa.

Dua pekerja contoh McDonald’s Malaysia ini akan mendapat peluang untuk menghidangkan makanan McDonald’s yang berkualiti tinggi di salah sebuah daripada empat restoran McDonald’s di tapak Sukan Olimpik – iaitu, satu di dalam Perkampungan Olimpik, satu di Pusat Media Utama, dan dua lagi di Taman Olimpik. Mereka juga diberi peluang untuk bertemu dengan atlit Olimpik, menghadiri acara sukan Olimpik, menyertai aktiviti sukaneka di Royal Parks, melawat tapak kebudayaan di London dan menjalin persahabatan dengan rakan sejawat antarabangsa.

Aruni berasa teruja dapat bertemu dengan atlit dunia yang terkenal di London dan menanti-nantikan pengalaman bekerja di suasana yang berlainan. “Ini sememangnya satu tanda penghormatan yang tinggi bagi saya kerana dapat mewakili McDonald’s Malaysia ke Sukan Olimpik di London,” kata Aruni, yang mula bekerja di McDonald’s pada tahun 2005.

“Peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada atlit dunia yang terserlah dan bertemu dengan ahli krew dari seluruh dunia merupakan pengalaman yang amat saya idam-idamkan,” kata Zulhimi, yang menyertai McDonald’s pada tahun 2010.

Check Also

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Ahmad’s buka outlet ke-56 di Prima Gombak dan lancar Mad’s Sausage

AHMAD’S BUKA OUTLET KE-56 DI GOMBAK, LANCAR MAD’S SAUSAGE

Jenama lokal sekarang bukan sekadar survive — ada yang dah mula dominate, dan Ahmad’s buka …

Leave a Reply