3000 Orang Peminat Banjiri Stadium Negara Untuk Saksikan Jonas Brothers

Walaupun hujan pada sebelah petang hingga konsert bermula tidak mematahkan semangat hampir 3000 orang peminat untuk menyaksikan Jonas Brothers di Stadium Negara.Muncul sekitar jam 8.50 malam, tiga anak muda tampil segak bergaya dengan diiringi tujuh pemuzik. Mereka membuka tirai persembahan dengan lagu When You Look Me in the Eyes.

Jonas Brother menyuntik adrenalin keterujaan peminat dengan dendangan deretan 25 lagu hits dari album pertama hingga terbaru. Joe dan Nick menyanyi sementara Kevin memperlihatkan kredibiliti bermain gitar sepanjang persembahan.Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka ialah Who I Am, Paranoid, Gotta Find You, BB Good, Last Time Around, Lovebug, SOS.Mereka mengakhiri persembahan mereka dengan lagu hit iaitu Burnin’ Up.

Jonas Brothers Live In Malaysia dianjurkan oleh by Wonderland+. Terdahulu, konsert ini dimulakan dengan persembahan opening act oleh penyanyi-pelakon Amerika, Anna Maria.

 

[nggallery id=112]

 

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *