Abby Abadi Sahkan Sudah Bernikah 12 hari Lalu

Penyanyi dan pelakon Abby Abadi hari ini kembali mengejutkan peminat hiburan tanah air apabila memuat naik sekeping foto menunjukkan dia sedang memeluk seorang lelaki yang nampak muda usianya – lingkungan 20-an.

Seperti mana kata Abby menerusi Instagramnya, dipendekkan cerita pemuda yang dikenali sebagai Farhan itu adalah suaminya. Abby mengesahkan dia telah bernikah dengan lelaki itu sejak 12 hari lalu. Wah!, senyap-senyap.
Difahamkan Farhan yang berasal dari Kelantan adalah pembantu di kedai tudung Abby. Selepas baru berkenalan selama dua minggu, terus mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Menurut Abby lagi, mereka akan mengadakan majlis resepsi dalam bulan raya Aidilfitri ini.

Check Also

Konsert Disagree REXKL 24 Oktober 2026

DISAGREE KEMBALI KE PENTAS SELEPAS LEBIH SEDEKAD MENERUSI KONSERT DI REXKL

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 – Kumpulan rock alternatif tempatan, Disagree, bakal kembali menggegarkan pentas …

Pelancaran ARIEVA Bakau Courtyard di Klang bersama kumpulan Bunkface.

ARIEVA BAKAU COURTYARD DILANCARKAN, UMUM KOLABORASI STRATEGIK BUNKFACE

KLANG – ARIEVA Bakau Courtyard diperkenalkan secara rasmi sebagai ruang acara serba guna. Pelancarannya turut …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *