ALTIMET Tampil Dengan AMBOI

Hanya selepas lima hari melancarkan single dan muzik video berjudul SERU, Altimet membuat kejutan lagu dengan mengumumkan sebuah single yang bakal menyusul dari album berjudul AMBOI.

AMBOI merupakan salah satu lagu yang mempengaruhi jenama Altimet sebagai rapper yang berjaya dalam bidangnya dengan mengekalkan keaslian hip hop lama. Rentak lagu dan susunan lirik yang senang menambat telinga pendengar, penuh kisah tentang realiti kehidupan sebagai rakyat Malaysia masa kini.

altimet_amboi-single-cover3000px

Lagu ini mendapat sentuhan komposisi dan produksi oleh Navigator, lirik pula sudah pasti oleh Altimet, AMBOI banyak menyentuh tentang isu-isu sosial yang sering dibangkitkan bersama gaya lirik yang mudah untuk difahami dan diikuti pula dengan chorus berkonsepkan dikir barat yang popular di pantai timur tanahair.

Muzik video berkonsepkan animasi – kolaj yang pasti akan mencuit hati penonton, ditambah pula penampilan rakan-rakan seperjuangan lain di dalam video ini seperti Joe Flizzow, SonaOne, Ucopppp dan Syuk SYJ. Azwan Ali juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Siapa yang tidak tahu gaya “Amboi Amboi Amboi” oleh beliau yang popular suatu masa dahulu.

Muzik video AMBOI diarahkan oleh Sharizal Abd. Halim serta mendapat sentuhan grafik dan animasi oleh Zulhelmi Zainuddin & Azarikh Amran. Produksi pula dikendalikan oleh Fluid.AMBOI yang juga merupakan nama album Altimet telah dilancarkan pada hari yang sama sempena dengan perlancaran single ini.

Bagi pembelian online, AMBOI boleh didapati di iTunes dan Spotify. Saksikan muzik video AMBOI di laman sesawang rasmi Altimet – www.altimet.com.my

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *